Kuliah Mingguan Fiqh Seerah Setiap Ahad

Kuliah Mingguan Fiqh Seerah Setiap Ahad, selepas solat Maghrib oleh Ustaz Nushi Mahfodz

Ma'thurat (Sabtu) dan Kuliah Dhuha (Ahad)

Bacaan Zikir Ma'thurat (KUBRO), Setiap SABTU selepas SUBUH. Kuliah Dhuha (WANITA)Setiap AHAD minggu 2 dan 4 Jam 9.30 pagi

Kalendar Surau

Langgan kalendar surau bagi mendapatkan maklumat aktiviti terkini.

Sumbangan untuk surau...

No akaun: 1207-0005265-71-8 (Bank Muamalat)
Penama akaun: Surau Al' Hijrah Putra Tropika

Organisasi Surau

Struktur organisasi Surau Al-Hijrah

Majlis Korban

Ustaz Azmi dan Mejar Qayyum cuba menenangkan lembu korban

Aidiladha disambut meriah

Kegembiraan terpancar daripada ahli karyah Surau Al-Hijrah dengan kedatangan Aidiladha

Perkemahan Remaja

Anak-anak karyah berbual selepas mendirikan khemah sempena perkhemahan remaja.

Solat Terawikh

Melimpah! Ahli karyah mengimarahkan surau untuk solat terawikh.

Thursday, September 29, 2011

Surau Al-Hijrah: Undangan Kenduri Minggu Ini



 
 
 Undangan Kenduri Minggu Ini
Bagi pihak Tuan Rumah, Surau diwakilkan untuk menjemput saudara-saudara ke Majlis-Majlis seperti yang tertera di bawah.
Besar impian Tuan Rumah agar Anak Kariah dapat meluangkan masa dan menghadiri Majlis yang dianjurkan.
 
1.  Encik Azri b. Baharom                                            
    No 63 Jalan SP 6/4 - Putra Tropika                                                    
     Sabtu, 1 Oktober 2011
     Selepas Zohor (Majlis Doa Selamat Bakal Haji)
 
2.  Tuan Haji Ismail b Zain                                           
    No 1 Jalan SP 6/5 - Putra Tropika                                                      
     Sabtu, 1 Oktober 2011
     Undangan Majlis Walimatul Urus Anak Perempuan
 
3.  Encik Hashim b Marman                                           
    No 33 Jalan SP 5/6 - Putra 96(SP5)                                                    
     Ahad, 2 Oktober 2011
     Selepas Zohor (Majlis Doa Kesyukuran & Rumah Terbuka)
 
Semua Jemaah dijemput hadir
 
Wassalam.
 

Tuesday, September 27, 2011

Berita tentang Masjid Al-Mustaqim di Utusan Malaysia hari ini

Pembinaan Masjid Al-Mustaqim di Bandar Seri Putra Bangi masih perlu sumbangan

GAMBARAN artis Masjid Al-Mustaqim yang bakal dibina dengan kos RM7 juta di Bandar Seri Putra, Bangi.


SERDANG 26 Sept. - Tabung Dana Pembinaan Masjid Al-Mustaqim, Bandar Seri Putra, Bangi dekat sini masih memerlukan sumbangan orang ramai, kata Pengerusi Jawatankuasa Pembinaan Masjid, Dr. Abdul Rahman Hasan.

Beliau memberitahu, sehingga awal bulan ini, tabung tersebut berjaya mengumpul hampir RM1 juta bagi membolehkan pembinaan masjid itu bermula awal tahun depan.

''Saya berharap, dana akan meningkat selepas ini melalui pelbagai usaha yang dilakukan oleh penduduk Bandar Seri Putra,'' katanya pada Majlis Malam Mesra Aidilfitri 2011 di Jalan 2/5D Bandar Seri Putra, malam semalam.

Majlis tersebut dianjurkan oleh Jawatankuasa Penduduk Princeton Residence yang juga dipengerusikan oleh Dr. Abdul Rahman.

Dalam ucapannya Dr. Abdul Rahman turut memuji usaha yang dilakukan oleh penduduk di kawasan itu sehingga berjaya mengumpul dana pembinaan Surau Syaidina Umar al-Khattab dan mula digunakan mulai penghujung Mei lalu.

Beliau berharap, semangat itu dapat diterapkan dalam usaha mengumpul dana untuk membina masjid melalui pelbagai kaedah termasuk car boot sale setiap hujung bulan yang dilakukan oleh kumpulan wanita Siti Hajar Princeton.

Kos bagi pembinaan Masjid Al-Mustaqim dijangka melibatkan RM7 juta dan apabila siap kelak dapat memberi kemudahan kepada penduduk Bandar Seri Putra dan sekitarnya termasuk di Bukit Mahkota.

Ketika ini, penduduk sekitar kawasan berkenaan menunaikan solat Jumaat di Masjid Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) serta di surau As-Syakirin dan Al-Ikhlas di taman perumahan Impian Putra.

Mengenai Majlis Malam Mesra Aidilfitri 2011, beliau berharap ia akan menjadi acara tahunan yang dapat mengeratkan hubungan silaturahim di kalangan penduduk kawasan berkenaan.

Ini kali ketiga majlis itu diadakan sejak kawasan Princeton Residence itu didiami penduduk.



2011/9/27 Azizul Jabbar Kamaruddin
 

Masjid Al-Mustaqim masuk berita dalam Utusan Malaysia hari ini, dengan petikan komen daripada Dr. Rahman Pengerusi JK Pembinaan.

__._,_.___


Saturday, September 24, 2011

Video: Ceramah Bulanan Surau Al Hijrah oleh En. Lim Jooi Soon

Monday, September 19, 2011

Tabung Dana Pembinaan Masjid Al-Mustaqim - Ogos 2011

Dana terkumpul kini mencecah RM941,448.18.

Bendahari melaporkan ketika Mesyuarat JK Pembinaan ke-25 pada 7 September 2011 yang lalu bahawa jumlah dana yang dikumpul melalui tabung dan sumbangan serta perbankan langsung adalah seperti berikut:


  • bulan Julai 2011 = RM32,612.01 (updated figure)
  • bulan Ogos 2011 = RM72,186.29

Setiausaha telah mengutip melalui tabung, jualan kupon dan sumbangan individu/syarikat/jabatan pada bulan Julai sebanyak RM10,742.75 dan pada bulan Ogos sebanyak RM13,388.86. Muslimah telah mengumpul sebanyak RM12,730,00 pada bulan Ogos. Daripada Haji Ahmad Yusof, kutipan adalah sebanyak RM2,132.25, dan laporan daripada Dr Zulkifli (KUIS) sebanyak RM419.80. Semua kutipan ini sudah dimasukkan ke dalam akaun masjid.

Alhamdulillah, Bulan Ogos yang merupakan bulan Ramadhan berjaya menjana kutipan yang banyak melebihi RM50,000 mengambil keberkatan pahala sedekah berlipat kali ganda di bulan mulia ini. InsyaAllah, moga kutipan bulan Syawal ini akan dapat melonjak jumlah tabung dana mencecah sasaran 1 Juta ringgit.. Amin..

Moga-moga Tabung Dana Pembinaan akan mencapai sasaran awal RM 1 juta sebelum hujung tahun 2011 dan kerja-kerja pembinaan dapat dimulakan.

JK Pembinaan Masjid Al-Mustaqim merakamkan jutaan Terima Kasih (jazakallahu khairan kathiiran) kepada para penderma yang telah membuat sumbangan.


Sumbangan Sebulan RM50 selama 20 bulan, INSYAALLAH..

Thursday, September 15, 2011

Sinergi Keluarga Bahagia



Sudah berkahwin? Belum berkahwin? atau akan berkahwin..

Kami hadir bersama anda merealisasikan impian keluarga bahagia..

Kali ini bersama Ustaz Hasrizal, Wardina Safiyyah dan Tuan Fazrul Ismail.

Nantikan kami di Oktober.

Maklumat lanjut layari https://www.facebook.com/profile.php?id=100002910140996&sk=wall

Wednesday, September 14, 2011

Kuliah Masjid Hendaklah Syumul , Perlu Ada Anjakan Paradigma

Kuliah Masjid Hendaklah Syumul , Perlu Ada Anjakan Paradigma

SHAH ALAM 14 SEPTEMBER : Kuliah masjid dan surau perlu berganjak daripada persoalan yang membincangkan perkara yang bersifat halal-haram tetapi menjurus kepada perbincangan yang bersesuaian dengan realiti dan konteks  semasa sebagai mengangkat tradisi ilmiah dalam Islam.

Justeru, sikap sesetengah pihak ******** yang cuba mempolemikkan isu penyampaian tazkirah atau kuliah di masjid-masjid yang didakwa berbau hasutan, ceramah politik dan lain-lain diselar kerana  Islam merupakan agama yang syumul dan tidak hanya dikategori dalam aspek fardu ain  dan undang-undang keluarga semata-mata.

Exco Pemodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan, Yaakob Sapari berkata  soal politik kepartian adalah jelas tidak boleh disampaikan dalam masjid, tetapi sisipan dalam politik seperti soal kebenaran dan keadilan, hubungan antara negara dan masyarakat wajar dibincangkan dan diwacanakan kepada jemaah.

"Sesuai dengan ajaran Islam sebagai Ad-din, persoalan  agama Islam hendaklah dilihat dalam perspektif yang lebih syumul merangkumi  muamalat, siasah, jenayah, ekonomi, sosial, pendidikan, munakahat, keluarga dan lain-lain," katanya dalam kenyataan media.

Tambah beliau, kegiatan tradisi  ilmiah di masjid  seharusnya tidak begitu pasif, malah perlu lebih proaktif dengan mengadakan pelbagai aktiviti seperti seminar, dialog, wawancara, sidang meja bulat, ceramah berkelompok dan boleh dilakukan di luar kawasan masjid dan surau.

Malah, pihak jawatankuasa masjid juga boleh memulihkan peranan masjid dengan menarik golongan belia  dengan melakukan pelbagai aktiviti riadah seperti permainan futsal, bola sepak dan sebagainya.

"Akhirnya dengan membuka ruang perbincangan yang luas dalam masyarakat, minda rakyat akan terpacu ke hadapan. Rakyat bertambah berilmu, dan lebih aktif tetapi tidak mudah reaktif terhadap sesuatu isu atau permasalahan.

Justeru, tradisi ilmiah di masjid perlu ditingkatkan selaras dengan peredaran zaman. Malah rakyat sendiri boleh menilai antara ceramah politik dan kuliah agama," katanya lagi.

Nota Khaiatbsp: Dalam masa yang sama kena mengelakkan daripada perpecahan dalam masyarakat.

Tuesday, September 13, 2011

Ceramah Bulanan Surau Al Hijrah oleh En. Lim Jooi Soon

https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash4/s720x720/305173_10150805918300176_329327610175_20942385_783772528_n.jpg

Tarikh : 18 September 2011 (Ahad)
Waktu : Selepas maghrib
Penceramah : Encik Lim Jooi Soon (Penceramah Bebas - PERKIM)
Tajuk : Aku kembali kepada fitrah

Semua muslimin dan muslimat dijemput untuk menghadirinya.


Surau Al-Hijrah
oleh Khaiatbsp

Jemputan Hari Raya Keluarga Sdr. Mazlan Abdullah (16 Sept, petang, di Bandar Baru Bangi)

Assalammualaikum.

Saudara Mazlan sekeluarga menjemput semua Ahli Karyah Surau Al-Hijrah ke Majlis Aqiqah dan Hari Raya Aidilfitri 2011 pada 16 September (Jumaat ini) di alamat No 6, Jalan 3/5H, 43650 Bandar Baru Bangi antara jam 2.35 petang hingga 7 malam.

Makluman lanjut, sila hubungi 03-89256094 (Rumah) atau 012-3666764 (Mazlan).

Semoga dengan kehadiran kita akan memeriahkan lagi majlis tersebut.

Surau Al-Hijrah

https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-snc7/300675_10150804551400176_329327610175_20932360_1653264231_n.jpg

https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash4/301040_10150804551530176_329327610175_20932362_731777104_n.jpg

https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-snc7/317834_10150804551620176_329327610175_20932364_918465249_n.jpg

Surau Al-Hijrah: Ziarah Syawal 2011

 
 
Jadual Tuan Rumah Minggu Ini
 
1.  Saiful Hisham Mansor                                         2.   Nor Azli Yazid (Azli Muffin)
     No 42 Jalan SP 6/2                                                     No 14 Jalan SP 6/5   
     Jumaat, 16 Sept 2011                                                  Sabtu, 17 Sept 2011
     Selepas Isyak                                                               Selepas Zohor
 
 
Semua Jemaah dijemput hadir
Kepada sesiapa yang ingin menganjurkan Ziarah Syawal di dalam minggu ini, sila berhubung dengan
Saudara Khairul (SP5) @ Azmi K (Tropika) untuk susunan jadual
 
 
Wassalam.
 

Sunday, September 11, 2011

Program Solat Hajat & Doa Selamat untuk Calon-Calon UPSR, PMR & SPM

 
 
Program Solat Hajat & Doa Selamat Untuk Calon-Calon
UPSR, PMR & SPM
akan diadakan malam ini khusus untuk Anak-Anak Ahli Kariah
di Surau Al-Hijrah
ISNIN, 12 September 2011
Selepas Solat Isyak
(Di bawah pimpinan Dr. Ramizi Mohamed)
 
Semua Calon, Ibu Bapa dan para Jemaah dijemput bersama-sama
hadir memberikan sokongan
 
Hidangan potluck individu amat dialu-alukan.
Sebarang sumbangan boleh disalurkan kepada Sdr. Azli Muffin (012-2140529)
 
 
Wassalam.
 

Thursday, September 8, 2011

Surau Al-Hijrah: Ziarah Syawal 1432H / 2011M



JADUAL ZIARAH SYAWAL :
SABTU - 10 SEPT. 2011 / 12 SYAWAL 2011
1.  Dato' Haji Johar Abas (Pengerusi Surau Al-Hijrah)
     No 5 Jalan 6/4
     SELEPAS ZOHOR

2.  Tuan Haji Shamsudin Ghalim
     No 1 Jalan 6/4
     SELEPAS ISYAK
Semua jemaah dijemput hadir. Penyertaan masih dibuka kepada sesiapa yang ingin menganjurkan Ziarah Syawal pada hari AHAD dan seterusnya. Sila hubungi nama yang tertera di atas.


Wednesday, September 7, 2011

Qurban & Aqiqah untuk DANA MADRASAH KEMBOJA (DMK)



Kawan-kawan yang berminat untuk menyumbang bahagian lembu untuk dikorbankan di Kampot Kemboja, boleh layari pautan ini http://infaqkemboja.blogspot.com/2011/06/qurban-aqiqah-untuk-dana-madrasah.html. Menurut penganjur mereka target 66 ekor, tapi baru dapat 15 ekor utk bahagi ke 33 kampung Muslim di Kampot Kemboja. Kata penganjur, "Kesian depa last yr, ada kg tak dapat apa2. Harap kekawan dpt join atau tlg war2kan ye. Hanya RM210/bhgn lembu. Syukran"

Khaiatbsp

Sunday, September 4, 2011

Krisis Somalia : Amal Malaysia Lancar Tabung Kemanusiaan

Krisis Somalia : Amal Malaysia Lancar Tabung Kemanusiaan

Posted by yayasanamalmalaysia on September 4th, 2011

Di Saat ummat Islam seluruh dunia masih lagi merayakan Aidilfitri, pada saat ini jugalah puluhan ribu warga Somalia kehilangan nyawa akibat kebuluran dan jutaan lagi terdedah kepada ancaman kebuluran yang sangat teruk.

Beginilah senario terbaru di Somalia yang sedang berhadapan dengan krisis makanan kronik dalam tempoh dua dekad. Krisis kemanusiaan terburuk pada abad ke-21 itu telah menyebabkan separuh daripada rakyat tempatan bergelut mendapatkan bantuan makanan bagi meneruskan kehidupan.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menjangkakan krisis kebuluran berkenaan akan terus merebak dalam tempoh dua bulan di Somalia sekiranya tiada bantuan dihulurkan.

Berdasarkan data yang dikeluarkan Unit Analisis Keselamatan Makanan dan Nutrisi  (FSNAU), seramai 3.76 juta rakyat Somalia terpaksa mengharapkan bantuan kemanusiaan dari segi makanan dan ubat-ubatan.

Disebabkan tidak mampu  lagi untuk menjalani kehidupan di tempat sendiri yang sudah kehabisan sumber makanan, majoriti rakyat Somalia sanggup merentas kawasan panas kering dan berkaki ayam di bawah terik matahari yang mencecah 50 darjah celsius ke kem-kem pelarian yang menyediakan makanan.

Malangnya, belum pun sempat menjejakkan kaki di kem berkenaan, segelintir daripada mereka mati dalam perjalanan terutamanya kanak-kanak dan bayi. Cuaca panas dan kebuluran antara faktor utama yang meragut nyawa mereka. Sementara yang berjaya tiba di kem dalam tempoh 24 jam tampak lesu, tidak terurus dan kurus kering.

Dianggarkan secara purata setiap hari, seramai 60 bayi mati akibat kelaparan dan kekurangan makanan berkhasiat, selain kemusnahan tanaman dan haiwan ternakan.

Justeru itu, atas dasar keperihatinan terhadap nasib yang menimpa Umat Islam Somalia, maka Yayasan Amal Malaysia melancarkan tabung kemanusiaan khusus untuk umat Islam Somalia. Anda boleh menyalurkan sumbangan anda melalui akaun seperti tertera di poster.

Sebarang Pertanyaan boleh hubungi :
 
Abd Hamid Seman (Ketua Setiausaha) - 013-927 9256
Cik Nurul Izzah (Pen. Ketua Setiausaha 1) - 012-343 9614
Mohd Shahraini @ Man (S/U Kerja) - 017-881 2996
 
Ibu Pejabat Yayasan Amal Malaysia
127-2, Jalan SBC 1,
Taman Seri Batu Caves
68100 Batu Caves, Selangor
 
Tel : 03-6187 9294   Fax : 03-6187 4382
 
 

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More