Kuliah Mingguan Fiqh Seerah Setiap Ahad

Kuliah Mingguan Fiqh Seerah Setiap Ahad, selepas solat Maghrib oleh Ustaz Nushi Mahfodz

Ma'thurat (Sabtu) dan Kuliah Dhuha (Ahad)

Bacaan Zikir Ma'thurat (KUBRO), Setiap SABTU selepas SUBUH. Kuliah Dhuha (WANITA)Setiap AHAD minggu 2 dan 4 Jam 9.30 pagi

Kalendar Surau

Langgan kalendar surau bagi mendapatkan maklumat aktiviti terkini.

Sumbangan untuk surau...

No akaun: 1207-0005265-71-8 (Bank Muamalat)
Penama akaun: Surau Al' Hijrah Putra Tropika

Organisasi Surau

Struktur organisasi Surau Al-Hijrah

Majlis Korban

Ustaz Azmi dan Mejar Qayyum cuba menenangkan lembu korban

Aidiladha disambut meriah

Kegembiraan terpancar daripada ahli karyah Surau Al-Hijrah dengan kedatangan Aidiladha

Perkemahan Remaja

Anak-anak karyah berbual selepas mendirikan khemah sempena perkhemahan remaja.

Solat Terawikh

Melimpah! Ahli karyah mengimarahkan surau untuk solat terawikh.

Saturday, April 30, 2011

Rakaman Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011 (PBAKL 2011)

Alhamdulillah, dapat juga menjejakkan kaki ke Pesta Buku tahun ini. dan seperti tahun sebelum ini, memang dah rancang nak beli beberapa buku untuk stok selama setahun. Bukannya senang nak dapat diskaun disamping pelbagai hadiah dan cabutan bertuah. Siapa kata orang Malaysia tak suka membaca. Penuh pengunjung PBAKL2011 walaupun pada hari kerja.











Pihak penganjur juga tidak melupakan keperluan umat Islam dengan menyediakan ruangan untuk solat Jumaat.









Berikut beberapa buku yang sempat dibeli terutamanya di gerai PTS dan True Wealth













Mudah-mudahan dapat bertemu lagi pesta buku tahun depan dengan rezeki yang murah.

-Khaiatbsp-

Wednesday, April 27, 2011

Kalendar Aktiviti BSP dan sekitarnya



Satu yang saya sedang usahakan menggunakan google calender bagi mengelakkan sebarang pertembungan aktiviti di BSP dan kawasan berdekatan adalah menggunakan mengemaskini dan mengabungkan pelbagai kalendar persatuan/sekolah di sini:

http://calendar.bandarseriputra.com/

Ianya belum siap sepenuhnya, tetapi bolehlah dijadikan rujukan jika mana-mana persatuan ingin menetapkan sebarang tarikh aktiviti.

Dalam masa yang sama, kepada yang ingin membantu seperti nak wujudkan kalendar bagi persatuan mereka dan diintegrasikan dalam kalendar ini juga dialu-alukan. Bagi yang ingin masukkan aktiviti dalam kalendar ini bolehlah emailkan kepada saya di alamat email khaiatbsp@gmail.com.

Sebarang cadangan dan pandangan juga dialu-alukan.

-Khaiatbsp-

Monday, April 25, 2011

Senarai JK PPBSP 2011/2012 dan Gambar AGM

Dikongsikan senarai jawatankuasa Persatuan Penduduk Bandar Seri Putra (PPBSP) sesi 2011/2012 dan gambar semasa AGM baru-baru ini.

Jawatankuasa PPBSP 2011/2012   
   
Yang Dipertua : Tn Hj Ahmad Yusof (001)

Timbalan Yang Dipertua : Dato' Zakaria Husein (149)

Setiausaha : Dr. Ramizi Mohamed (135)

Penolong Setiausaha : En. Asfazian Che Ramli

Bendahari : En. Arzock Nassar (007)

AJK
1 Dr. Ishak Ahmad
2 Ustaz Farid Ravi
3 En Engku Faizal Annuar Engku Husin
4 Ustaz Abu Zaki
5 Pn. Nursiah
6 En. Khairil Anuar
7 Mejar Qayyum
8 En Azizul Jabbar Kamaruddin

Pemeriksa kira-kira   
1 En. Mohamad
2 Tn Hj Halimi


http://a4.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/222887_169465279775575_169051276483642_365258_1817246_n.jpg
Gambar: YDP Penaja dan jemputan khas.

http://a6.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/215306_169465346442235_169051276483642_365265_5108391_n.jpg
Gambar: Ahli yang hadir

http://a3.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/217777_169465436442226_169051276483642_365274_4552554_n.jpg
Gambar: Ahli yang turut hadir.

http://a7.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/223582_169466026442167_169051276483642_365331_4258493_n.jpg
Gambar: Barisan AJK PPBSP 2011/2012

Gambar lain di sini:
http://www.facebook.com/media/set/fbx/?set=a.169465169775586.40818.169051276483642

-Khai-

Tuesday, April 19, 2011

Bengkel Aqil Baligh Untuk Anak Lelaki & Perempuan


491
Bengkel Aqil Baligh untuk remaja lelaki berumur 12-15 tahun dan remaja perempuan berumur 10-13 tahun akan diadakan pada Ahad, 24 April 2011. Kedua-dua sesi tersebut akan diadakan serentak di Dewan Kuliah 1 dan Dewan Kuliah 2 Pusat Perubatan UKM (PPUKM) Cheras.
Di dalam bengkel ini, peserta akan didedahkan mengenai perubahan emosi dan fizikal serta kesihatan reproduktif mereka, tanggungjawab agama sesudah baligh, dan mengenai perhubungan di antara lelaki-perempuan berlandaskan syariat.
Di dalam masyarakat kita topik-topik tersebut masih lagi jarang dibincangkan di antara anak dan ibubapa, oleh itu, kami turut menggalakkan ibu bapa menyertai bengkel ini bersama-sama anak mereka dengan harapan selepas menghadiri bengkel ini, kedua-dua pihak tidak kekok membincangkan topik-topik tersebut bersama.
Untuk maklumat lanjut mengenai bengkel ini, sila hubungi 03-4256 6810, atau e-mel ke khalifahproject@yahoo.com.

Anda juga boleh lawati event page Bengkel Aqil Baligh Lelaki http://www.facebook.com/event.php?eid=111184018964282 dan Bengkel Aqil Baligh Perempuan http://www.facebook.com/event.php?eid=205867289431616.
BENGKEL LELAKI
492
PENCERAMAH
  • Dr. Kamarul Azahar Mohd Razali (Pakar Runding Kanan Pediatrik & Penyakit Berjangkit, Institut Paediatrik, Hospital Kuala Lumpur)
  • Ustaz Hasrizal Abdul Jamil (Saifulislam Training & Consultancy)
  • Saudara Muhammad Qayyum Abdul Raof (Trainer, Khalifah Institute)
BENGKEL PEREMPUAN
515
PENCERAMAH
  • Dr. Ariza Mohamad (Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, Hospital Ampang Puteri; Penulis buku "Ibu Dibelai Anak Dibuai")
  • Dr. Alini Marzuki (Konsultan dan Trainer, Khalifah Institute)
  • Pn Hanani Saman (Pengasas Tadika Dzul Iman, Trainer Khalifah Institute)
FASILITATOR
- Sukarelawan Khalifah Youth Circle (KYC)
YURAN
RM100.00 seorang (anak)
RM80.00 seorang (ibu/bapa)
Harap dapat berjumpa anda pada 24 April ini!
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 AMPANG
__._,_.__

Kelas Bahasa Arab PERCUMA di Surau As Syakirin

http://www.surausyakirin.org/plankesurau.JPG

Kelas Arab silibus Universti Madinah akan diadakan di Surau As Syakirin Bandar Seri Putra. Bermula 16 mei 2011, setiap hari Isnin lepss Isyak.

Tempat: Surau As Syakirin Bandar Seri Putra
Peta: http://www.surausyakirin.org/plankesurau.JPG

http://www.surausyakirin.org/

Masa: Isnin, Lepas solat Isyak, sekali seminggu, 1 jam 45minit ( tiga tahun).
Bayaran: Percuma

Kaedah: Menggunakan buku silibus Universiti Madinah (4 level) Buku ini byk digunakan di Amerika, India dll.Penekanan adalah utk memehami Alquran n hadis secara detail. Sgt menarik kerana sentiasa mempraktikkan komunikasi dua hala pengajar-pelajar.

http://abdurrahman.org/arabic/madina-arabic.html
http://www.lqtoronto.com/forums/forumdisplay.php?f=1

Terbuka kpd yg berumur 16 hgga 70thn samada ada basic Arab atau tiada.

P/s: pelajar kelas ini mesti bg komitmen utk hadir kelas selama TIGA TAHUN dan buat wajibat (latihan) bg setiap chapter pelajaran.WAJIB.

Jika ingin mengikuti kelas ini sila hubungi:
013-3005170 Yazid

Thursday, April 14, 2011

Majlis Tadarus Al-Quran (MTQ) Sekolah2 Negeri Selangor 2011

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi16OTh4E-sDBLVDyqxwvQ2jpuazDEtvZKJT4-ZApQ8yP4fotBaaeF-bo84pwsvMrQuqzMEkFmcOODopBjZa6gVWTBXxI1Cq7Y8ccGu1BDhYWF4Kes211CLAbPtGdt5safvxuhGRq3cbaGL/s1600/DSC09586.JPG
Gambar hiasan: Sumber http://skg-pusat.blogspot.com

Majlis Tadarus Al-Quran (MTQ) peringkat sekolah negeri Selangor tahun 2011, akan diadakan di SMK Jalan Tiga Bandar Baru Bangi pada hari Sabtu 16/04/2011 ini. Suka saya iklankan, seorang anak warga Bandar Sri Putra (pelajar SMKA Maahad Hamidiah, Kajang) akan mewakili daerah Hulu Langat dalam acara tilawah Al-Quran sekolah menengah (perempuan). Besar harapan saya tiga sekolah yang berada di kawasan Bangi Lama (SK Bandar Sri Putra, SMK Sri Putra & SK Bangi) pula akan memonopoli daerah hulu langat pada masa akan datang. sama-samalah kita berusaha memartabatkan program tilawah al-Quran dikalangan warga Sri Putra dan Bukit Mahkota sebagai usaha mendidik warga kita dengan budaya membaca Al-Quran. Persatuan penduduk & AJK surau n masjid perlu menjadikan pertandingan tilawah dan hafazan al-Quran sebagai acara tahunan sebagai galakan anak-anak muda agar sentiasa menjadikan Al-Quran sebagai pegangan hidup.

Sumber: http://putra-mahkota.com/forum/index.php?topic=7096.msg69879#msg69879

Tuesday, April 12, 2011

JAMBOREE Kampung Ride

Salam,

Kepada sesiapa yang berminat ingin menyertainya, sila hubungi nombor yang tertera.

https://lh4.googleusercontent.com/_Ii-hx5CCQus/TaUBdrBgP9I/AAAAAAAABQM/3FOKQ8jokg8/s800/kg.jpg%22%20height=%22625%22%20width=%22719

-Khai-

Monday, April 11, 2011

Mufti P.Pinang di Surau Ar-Raudhan,seksyen 5,bdr bukit mahkota.

Assalamualaikum,

Ceramah magrib oleh Mufti Pulau Pinang, Dato Hassan Ahmad.

Tarikh : Sabtu/16-4-2011
tempat : Surau Ar-Raudhan,Seksyen 5, Bdr Bukit Mahkota.

semua dijemput hadir.

Sumber: http://putra-mahkota.com/forum/index.php?topic=7081.msg69598#msg69598

Sunday, April 10, 2011

Masjid Al-Mustaqim: Terkini Mac 2011.

Graf Jumlah Sumbangan ke Tabung Pembinaan Masjid Al-Mustaqim BSP sehingga bulan Mac 2011. Jumlah terkumpul yang dilaporkan ketika Mesyuarat JK Pembinaan ke-21 yang lalu adalah RM 601,013.63



Alhamdulillah, sumbangan derma diterima melebihi RM40,000 selama 2 bulan berturut-turut. Jika kutipan bulanan seterusnya dapat konsisten melebihi RM40,000, insyaAllah Tabung Pembinaan akan mencapai sasaran awal RM 1 juta sebelum hujung tahun 2011 supaya kerja-kerja pembinaan dapat dimulakan.

Mesyuarat JK Pembinaan ke-21 yang lalu telah diberitahu bahawa Pihak MPKj akan bermesyuarat pada 13 April 2011. Difahamkan, salah satu agendanya adalah membincangkan Permohonan Kebenaran Merancang/Bangunan yang telah dihantar oleh JK Kecil Teknikal Masjid Al-Mustaqim pada 28 Feb yang lalu.

JK Pembinaan berharap ahli-ahli kariah bersama-sama berdoa kepada Allah s.w.t. supaya dapat dipermudahkan usaha mendapatkan kelulusan terhadap permohonan tersebut, insyaAllah.


Sumbangan Sebulan RM50 selama 20 bulan, INSYAALLAH..

Saturday, April 2, 2011

En. Mazlan (Bendahari Surau Al-Hijrah) menerima rawatan di Hospital

http://a6.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash2/76195_10150317738245176_329327610175_15923672_2402333_n.jpg

From: Syamsul Akmal Hj Mohd Saad <syamsul@bernama.com>

Salam.
Encik Mazlan Abdullah (Bendahari Surau Al-Hijrah) beralamat di no 40 JSP 6/7 kini sedang menerima rawatan di KPJ Kajang wad 453. Beliau mengalami sindrom kehilangan darah merah. Diberitakan terdapat ketumbuhan di dalam usus besar beliau. Hari ini beliau akan melakukan CT scan bagi menentukan kaedah perawatan terbaik oleh doktor pakar.
Sama-samalah kita doakan kesejahteraan dan kesihatan beliau agar dapat kembali bersama-sama dengan kita secepatnya. Juga jika berkesempatan, bolehlah melawat beliau di Hospital.
Encik Mazlan boleh dihubungi di talian 012 3666764.
 
Wassalam.
__._,_.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More