Kuliah Mingguan Fiqh Seerah Setiap Ahad

Kuliah Mingguan Fiqh Seerah Setiap Ahad, selepas solat Maghrib oleh Ustaz Nushi Mahfodz

Ma'thurat (Sabtu) dan Kuliah Dhuha (Ahad)

Bacaan Zikir Ma'thurat (KUBRO), Setiap SABTU selepas SUBUH. Kuliah Dhuha (WANITA)Setiap AHAD minggu 2 dan 4 Jam 9.30 pagi

Kalendar Surau

Langgan kalendar surau bagi mendapatkan maklumat aktiviti terkini.

Sumbangan untuk surau...

No akaun: 1207-0005265-71-8 (Bank Muamalat)
Penama akaun: Surau Al' Hijrah Putra Tropika

Organisasi Surau

Struktur organisasi Surau Al-Hijrah

Majlis Korban

Ustaz Azmi dan Mejar Qayyum cuba menenangkan lembu korban

Aidiladha disambut meriah

Kegembiraan terpancar daripada ahli karyah Surau Al-Hijrah dengan kedatangan Aidiladha

Perkemahan Remaja

Anak-anak karyah berbual selepas mendirikan khemah sempena perkhemahan remaja.

Solat Terawikh

Melimpah! Ahli karyah mengimarahkan surau untuk solat terawikh.

Monday, March 28, 2011

Mesyuarat Penubuhan Koperasi Surau Al-Hijrah

Assalamualaikum wbt
Diharapkan Tuan-Tuan berada di dalam perlindungan dan keredhaan Allah SWT juga hendaknya.
Satu Mesyuarat bagi membincangkan Penubuhan Koperasi Surau Al-Hijrah akan diadakan pada 27 Rabiulaakhir 1432H bersamaan Jumaat, 1 April 2011 selepas Solat Isyak. Sehubungan dengan itu, Ahli Jawatankuasa Surau, Jemaah dan semua Kariah dipersilakan hadir bagi tujuan tersebut.
Tolong hebahkan kepada jemaah dah sahabat yang lain.
Sekian, terima kasih.
Bagi Pihak Pengerusi 
Setiausaha 2 
Mohd Hanafi Yunus








Thursday, March 24, 2011

Car-Boot Sale pada Ahad 27 Mac 2011 di TIP

From: Azizul Jabbar Kamaruddin azizuljabbar@yahoo.com
Assalamualaikum,

Dimaklumkan bahawa kaum Ibu dari Skim Princeton Residences BSP akan mengadakan Jualan Car-Boot pada hari Ahad ini di kawasan kedai sebaris dengan Family Store, Taman Impian Putra. Butiran adalah seperti berikut:


Program  : Jualan Car-Boot (barangan terpakai)
Tarikh     : 27 Mac 2011 (Ahad)
Masa       : 9:00 pagi - 12:00 tghari
Lokasi     : Bersebelahan kedai MAXIS (sebaris Family Store, TIP)


Buat pengetahuan, sebahagian hasil Jualan Carboot ini didermakan kepada Tabung Pembinaan Masjid Al-Mustaqim BSP, dan sumbangan itu akan diteruskan setiap kali ada aktiviti jualan.

'Car-Boot Sale' ini akan cuba dijalankan pada setiap bulan, dan dikhabarkan sambutan yang diterima amat menggalakkan, baik dari segi sumbangan barang yang hendak dijual mahupun dari segi jumlah jualan yang diterima.

Mohon tuan/puan yang berminat untuk menyumbangkan barang (terpakai sahaja) /menyertai aktiviti sebagai petugas/pembeli boleh singgah berjalan-jalan ke area Family Store pada hari Ahad nanti.


Pegawai Penerangan
JK Pembinaan Masjid Al-Mustaqim BSP

cc Forum Putra-Mahkota.com

Monday, March 21, 2011

Kenduri rumah Hj. Shaari (Jalan 5/6) Sabtu lepas

http://a4.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/197298_10150442722685176_329327610175_17901452_1722535_n.jpg

Dikongsikan gambar semasa kenduri rumah Hj. Shaari (Jalan 5/6) pada Sabtu lepas.

Ini pautannya: http://www.facebook.com/album.php?fbid=10150442720655176&id=329327610175&aid=637555

-Khai-

Apa ada pada Papan Tanda Surau Al-Hijrah?

Saya kongsikan maklumat terpapar di surau Al-Hijrah.

http://a1.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/198452_10150442722030176_329327610175_17901434_3807705_n.jpg

http://a6.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/196726_10150442721960176_329327610175_17901432_3803668_n.jpg

http://a2.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/190199_10150442721855176_329327610175_17901430_3440568_n.jpg

http://a8.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/196811_10150442721925176_329327610175_17901431_7006882_n.jpg

-Khai-

Wednesday, March 9, 2011

Timeline Pembinaan Masjid Al-Mustaqim - Februari 2011

Assalamualaikum w.b.t.

Update Timeline Pembinaan Masjid Al-Mustaqim setakat Februari 2011 dan perancangan serta jangkaan proses-proses akan datang



Sumbangan Sebulan RM50 sebanyak 20 bulan, INSYAALLAH..

Sumber: http://putra-mahkota.com/forum/index.php?topic=5628.msg67695#msg67695


Tabung Dana Pembinaan Masjid Al-Mustaqim - Feb 2011

Graf Jumlah Sumbangan ke Tabung Pembinaan Masjid Al-Mustaqim BSP sehingga bulan Februari 2011. Jumlah terkumpul yang dilaporkan ketika Mesyuarat JK Pembinaan ke-20 yang lalu adalah RM 562,950.58



Sumber: http://putra-mahkota.com/forum/index.php?topic=5636.msg67694#msg67694


Solat Hajat di semua surau BSP & TIP pada MALAM INI - Khamis 10 Mac 2011

From: Azizul Jabbar Kamaruddin <azizuljabbar@yahoo.com>

Assalamualaikum,

Pada Mesyuarat JK Pembinaan Masjid Al-Mustaqim ke-20 malam tadi, AJK telah diberitahu bahawa JK Kecil Teknikal dan Arkitek Perunding telah mengemukakan Permohonan Kebenaran Merancang / Bangunan kepada Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) pada hujung Februari 2011.

Sehubungan itu, Mesyuarat telah sebulat suara bersetuju untuk meminta kerjasama surau-surau di BSP dan TIP untuk mengadakan Solat Hajat memohon kepada Allah s.w.t. supaya dapat dipermudahkan usaha JK Pembinaan mendapatkan kelulusan terhadap permohonan tersebut.

Berikut disertakan butir-butir cadangan tersebut:

Tarikh: 10 Mac 2011 - Khamis
Masa:  Selepas solat Isyak (MALAM INI)
Lokasi: Semua surau-surau di BSP dan TIP

Pada ketika ini Tn. Hj. Anwar, Setiausaha JK Pembinaan sedang menghantar makluman melalui SMS kepada semua pengerusi/setiausaha surau berkenaan hasrat JK Pembinaan mengadakan solat hajat ini. Adalah diharapkan semua warga kariah Masjid Al-Mustaqim di BSP dan TIP akan dapat bersama-sama bermunajat ke hadhirat ilahi beramai-ramai malam ini.

Mohon juga kepada tuan-tuan dapat memanjangkan makluman ini kepada rakan-rakan yang lain, InsyaAllah.

Pegawai Penerangan
JK Pembinaan Masjid Al-Mustaqim
Bandar Seri Putra

Monday, March 7, 2011

Mesyuarat Agung Persatuan Penduduk Bandar Seri Putra (PPBSP) 24 April 2011

http://a7.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/72590_479259253707_245996843707_6917526_6859433_n.jpg
Gambar hiasan: Majlis Ramah Mesra BSP 2010 yang dianjurkan oleh JK Penaja PPBSP


Apa yang saya sedia maklum, Persatuan Penduduk Bandar Seri Putra (PPBSP) baru sahaja diluluskan pendaftarannya oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Negeri Selangor pada 14 Januari 2011. Permohonannya telah dihantar beberapa tahun lalu, dan selepas beberapa pindaaan dan pertukaran ahli jawatankuasa, akhirnya ianya diluluskan pada awal tahun ini.

Berkaitan perkara tersebut, semua warga Bandar Seri Putra (BSP) dijemput untuk mendaftar terus sebagai ahli PPBSP walaupun telah mendaftar sebagai ahli persatuan penduduk/kejiranan dalam lokaliti masing-masing. Ini kerana pada ketika ini pengerusi persatuan, surau, masjid, JMB dan PIBG dalam BSP adalah ahli jawatankuasa dalam PPBSP. Dan aktiviti yang akan dijalankan (dan yang telah dijalankan) adalah untuk kepentingan warga BSP. Kuat persatuan, kuatlah BSP.

Borang pendaftaran akan mula diedarkan melalui wakil persatuan penduduk/kejiranan selewat-lewatnya 14 Mac ini. Diharap tuan/puan/ dato/datin dapat merujuk kepada wakil persatuan selepas tarikh tersebut.

Yuran pendaftaran (bayaran masuk) sebanyak RM3 perlu dikepilkan dengan borang permohonan itu nanti dan yuran tahunan sebanyak RM12 juga perlu dilampirkan. Jumlahnya RM15 untuk tahun pertama dan RM12 untuk tahun berikutnya.

Sehubungan dengan itu, atas ketetapan Jabatan Pendaftaran, satu mesyuarat agung perlu dilaksanakan sebelum 30 April 2011. Oleh itu, pihak jawatankuasa penaja telah bersetuju untuk mengadakan mesyuarat agung seperti berikut:



Mesyuarat Agung Persatuan Penduduk Bandar Seri Putra
24 APRIL 2011
8.30 pagi
Dewan SMK Bandar Seri Putra



Insya-Allah, satu surat panggilan mesyuarat akan diedarkan kepada semua ahli yang telah mendaftar sebelum 21 Mac 2011. Borang pencalonan dan usul akan diedarkan bersama surat panggilan mesyuarat tersebut.

Diharap semua warga BSP dapat beramai-ramai mendaftarkan diri sebagai ahli PPBSP sebelum 21 Mac 2011 dan hadir mesyuarat PPBSP pada 24 April nanti. Keahlian akan terus dibuka selepas 21 Mac 2011, bagaimanapun ahli yag mendaftar selepas 21 Mac 2011 adalah sebagai pemerhati sahaja.

Sebarang pertanyaan boleh dirujuk kepada setiausaha, En. Burhanuddin Bin Haji Mahwal (012-2932783)

Sekian di maklumkan
-Khai, wakil SP5

Thursday, March 3, 2011

Sambutan Maulidur Rasul SAW 1432H Peringkat KUIS

Assalamualaikum...

Masjid Al-Azhar Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) akan menganjurkan Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat KUIS pada 9 Mac 2011 (Rabu) jam 9 pagi - 12 tengahari di Auditorium Pentadbiran KUIS. Penceramah jemputan : Y.Bhg. Datuk Haji Mohd Hashim bin Haji Yahaya (Mantan Mufti Wilayah / Fellow Kanan UIAM). Semua dijemput hadir.


Sekian, harap maklum...

--
Muhammadon bin Ahmad Tajudin
Penolong Eksekutif
Masjid Al-Azhar
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
Bandar Seri Putra Bangi,
43000 Kajang,
Selangor Darul Ehsan
Telefon : 013-9700237

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More