Kuliah Mingguan Fiqh Seerah Setiap Ahad

Kuliah Mingguan Fiqh Seerah Setiap Ahad, selepas solat Maghrib oleh Ustaz Nushi Mahfodz

Ma'thurat (Sabtu) dan Kuliah Dhuha (Ahad)

Bacaan Zikir Ma'thurat (KUBRO), Setiap SABTU selepas SUBUH. Kuliah Dhuha (WANITA)Setiap AHAD minggu 2 dan 4 Jam 9.30 pagi

Kalendar Surau

Langgan kalendar surau bagi mendapatkan maklumat aktiviti terkini.

Sumbangan untuk surau...

No akaun: 1207-0005265-71-8 (Bank Muamalat)
Penama akaun: Surau Al' Hijrah Putra Tropika

Organisasi Surau

Struktur organisasi Surau Al-Hijrah

Majlis Korban

Ustaz Azmi dan Mejar Qayyum cuba menenangkan lembu korban

Aidiladha disambut meriah

Kegembiraan terpancar daripada ahli karyah Surau Al-Hijrah dengan kedatangan Aidiladha

Perkemahan Remaja

Anak-anak karyah berbual selepas mendirikan khemah sempena perkhemahan remaja.

Solat Terawikh

Melimpah! Ahli karyah mengimarahkan surau untuk solat terawikh.

Thursday, February 24, 2011

Kursus jangka pendek di KUISCELL, BANDAR SERI PUTRA


Assalamuailaikum,

Tuan-tuan/Puan-puan yang dihormati sekelian, pihak Kuiscell Bandar Seri Putra ada menawarkan kurusus jangka pendek seperti di bawah :-

1) Nama Kursus : Sijil Pengajian Al-Quran Tajwid Tatbiqi 1
Jangka Masa : 3 bulan , 1 minggu sekali
Masa : 9-12 tghari
Hari : Isnin/Selasa/Rabu/Khamis ~ belum ditetapkan lagi

2) Nama Kursus : Pengajian Perbandingan Agama
Jangka Masa : 3 bulan , 1 minggu sekali
Masa : 9-12 tghari
Hari : Isnin/Selasa/Rabu/Khamis ~ belum ditetapkan lagi

Info:
KUISCELL memang ada menawarkan kursus di atas pada hari Sabtu/Ahad yg akan bermula 26 Mac 2011.
Malang nya, masa yang sesuai untuk saya adalah pada 9-12 tghari, Isnin-Khamis.
Dan pihak KUISCELL mungkin boleh adakan kelas khas (selain hujung minggu) jika ada sekurang2nya 10 peserta.

Oleh itu, Jika ada sesiapa yg berminat boleh hubungi pihak Kuiscell
dan maklumkan pada saya juga - sms/call
Untuk maklumat lanjut layari www.kuiscell.com
Terima Kasih
Ikhlas,
Noor Leha Ahmad
012-6805202

Wednesday, February 23, 2011

Mesyuarat Bulan Februari Surau Al-Hijrah





Alhamdulillah mesyuarat bulan Februari Surau Al-Hijrah telah diadakan pada Selasa lepas 22/2/2011.

- Ceramah bulanan ditetapkan setiap minggu ke-3 setiap bulan
- Gotong-royong akan diadakan sehari sebelum ceramah.

- Notis pemberitahuan pembinaan surau Al-Hijrah yang baru telah mula dipamerkan.


- Ahli karyah dijemput untuk memperbaharui keahlian khairat kematian bagi tahun 2011.
- Borang dan buku undang2 kecil khairat kematian akan mula diedarkan.
- Berkitan itu, biro khairat kematian akan mengadakan kursus mandi jenazah.
- Untuk khairat 2010, RM6,785 telah terkumpul dengan RM2700 dibelanjakan untuk 3 kematian. Wang di tangan sekarang adalah RM4,085
- Jumlah keahli bagi 2010 adalah seramai 133 orang.


- Perbelanjaan bulanan surau: api (RM230-240), kuliah (RM400-500), cleaner (RM80).
- Sebarang sumbangan am atau khusus boleh diserahkan kepada AJK atau terus kepada bendahari.
- Aktiviti 'recycle' boleh juga menambahkan tabungan surau dan telah berjaya dijalankan beberapa kali. Setiap kali dijual, sekitar RM5-20 berjaya diperolehi. Ahli karyah disarankan membantu aktiviti 'recycle' ini. Makluman tarikh pengumpulan akan dimaklumkan dari masa ke semasa.

- Program remaja akan diketengahkan untuk menarik remaja ke surau.
- Program berbasikal (sebelum ini dijalankan secara individu) akan mula diwar-warkan sebagai aktiviti surau.
- Buletin secara bulanan dan ziarah ahli karyah akan dijalankan untuk menyebarkan maklumat dan ilmu.

- Pemasangan papan tanda/banner perlu untuk mengetengahkan surau yang dikatakan tidak diketahui lokasinya. Lokasi juga akan ditandakan dalam googlemap.

Monday, February 21, 2011

Pertandingan Bowling Amal untuk dana Surau Umar al Khattab (SUAK)

Salam,

Untuk makluman surau fasa 7 SUAK (bersebelahan taman permainan Laman Indah) sedang dalam pembinaan. Pembiayaan bagi pembinaan diperolehi daripada sumbangan orang ramai dan pihak-pihak tertentu. Alhamdullillah setakat ini jumlah sumbangan yang diterima hampir mencukupi.

Bagi tujuan menambah dana bagi menampung kos pembinaan tersebut pihak jawatankuasa SUAK akan mengadakan pertandingan bowling amal seperti berikut:

Tarikh : 5 Mac 2011
Masa: 9.00 pagi
Tempat: Ampang Super Bowl, Kajang.
Yuran Penyertaan: RM200 untuk satu pasukan (4 orang sepasukan)
Hadiah menarik disediakan

Sehubungan itu, sesiapa yang berminat untuk menyertai bolehlah menghubungi saya 019 2807748 untuk mendapatkan borang dan maklumat lanjut. Adalah diharapkan warga castanea dapat menghantar wakil bagi pertandingan tersebut kerana di samping beramal kita juga dapat beramah mesra dengan penduduk-penduduk fasa 7 BSP.

Terima kasih.

Sunday, February 20, 2011

Mesyuarat Bulanan Surau Al-Hijrah (22 February 2011)

Assalamualaikum wbt
Diharapkan Tuan-Tuan berada di dalam perlindungan dan keredhaan Allah SWT juga hendaknya.
Satu Mesyuarat Bulanan Surau Al-Hijrah akan dijalankan pada 19 Rabiulawal 1432H bersamaa Selasa, 22 February 2011 selepas Solat Isyak. Sehubungan dengan itu, Ahli Jawatankuasa Surau, Jemaah dan semua Kariah dipersilakan hadir bagi tujuan tersebut.
Pihak Surau amat berharap supaya Tuan-Tuan dapat meluangkan masa untuk kita bersama-sama menggembleng tenaga dan usaha agar semua activity surau yang dirancangkan dapat berjalan dengan lancar dengan kerjasama semua.
Sebarang cadangan dari pihak tuan untuk meimarahkan surau dan kegiatan surau bagi tahun hadapan amatlah dihargai. 
Agenda Mesyuarat:
  1. Ucapan aluan Pengerusi
  2. Mengesahkan Minit Mesyuarat yang lalu
  3. Laporan Biro Biro
  4. Cadangan Penubuhan KOPERASI
  5. Hal hal lain
Sekian, terima kasih.
Bagi Pihak Pengerusi 
Setiausaha 2 
Mohd Hanafi Yunus

Kursus Sembelihan Binatang Ternakan

From: Abdul Rani Mohamed <habrani@gmail.com>
Surau As Syakirin akan menganjurkan kursus sembelihan binatang ternakan, yang akan dikendalikan oleh Ustaz Zailani Hj Redzuan, butir-butir kursus adalah seperti berikut:
Tarikh: 27 Feb 2011 (Ahad)
Kursus bermula selepas solat subuh dengan ceramah berkaitan dengan sembelihan.
Praktikal akan diadakan dengan peserta  menyembelih ayam.
Penyertaan percuma, untuk menggunakan ayam dikenakan bayaran RM10
Kursus akan ditutup dengan penyembelihan lembu aqiqah.
Kepada yang berminat boleh berdaftar dengan pihak surau, atau berhubung dengan Pengerusi Surau (Hj Abdul Rani 013 3356514)
__._,_.___

Friday, February 18, 2011

Pertanyaan dan Jawapan mengenai Juru Nikah

Sumber:http://putra-mahkota.com/forum/index.php?topic=6594.msg66314#msg66314

Assalammualaikum,

  Saya nak bertanya kepada semua, saya memerlukan maklumat mengenai Penolong Pendaftar Nikah dikawasan BSP dan sekitarnya untuk mendapat tandatangan kebenaran untuk berkahwin sepupu saya. Meminta jasa baik sekiranya boleh disertakan no yg boleh dihubungi............telah cuba utk menghubungi PAID Hulu Langat, namun gagal untuk melepasi talian. Saya berharap mendapat pertolongan dari saudara dan saudari sekalian. Terima kasih...............

Waalaikumussalam Warahmatullah..

Tak salah saya, area Bandar Seri Putra diletakkan dibawah kariah Masjid Bangi Lama. Jurunikahnya adalah Ustaz Dr Haji Zulkefli bin Haji Aini (Timb. Rektor KUIS) 019-2760700 atau 0122260595.. Walaubagaimanapun, bagi Bandar Bukit Mahkota ianya diletakkan dibawah kariah Masjid Sungai Kembong. Jurunikahnya Ustaz Mohamad Fuad bin Haji Ishak (Dekan Fakulti Pendidikan KUIS) 012-2971475.

Wednesday, February 16, 2011

Terkini: Kutipan Masjid Al-Mustaqim

Ini merupakan Graf Jumlah Sumbangan ke Tabung Pembinaan Masjid Al-Mustaqim BSP sehingga bulan Januari 2011.
Jumlah terkumpul yang dilaporkan ketika Mesyuarat JK Pembinaan ke-19 yang lalu adalah RM 533,337.91


Sumber: http://putra-mahkota.com/forum/index.php?topic=5636.msg66120#msg66120


Tuesday, February 15, 2011

Khairat Kematian Surau Al-Hijrah 2011

http://a7.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/181676_10150400406885176_329327610175_17409607_5664197_n.jpg
Khairat Kematian, Surau Al-Hijrah
Pendaftaran untuk tahun 2011 dibuka sekarang


Pertanyaan/Permohonan: Cikgu Abu 019-2806312 (No 21 JSP 6/3)

Wednesday, February 2, 2011

Tazkirah 19 Feb 2011



Assalamualaikum,

Insyallah majlis tazkirah sempena Maulidul Rasul akan diadakan selepas Maghrib pada 19 Febuari ini.

Pensyarah : Ust Ahmad Fahim Bin Hj Robani
                  : Pensayarah Bahagian Syariah Multi Media University (MMU) , Melaka

Tajuk         : Rasullulah Dan Remaja



Wassalam

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More