Kuliah Mingguan Fiqh Seerah Setiap Ahad

Kuliah Mingguan Fiqh Seerah Setiap Ahad, selepas solat Maghrib oleh Ustaz Nushi Mahfodz

Ma'thurat (Sabtu) dan Kuliah Dhuha (Ahad)

Bacaan Zikir Ma'thurat (KUBRO), Setiap SABTU selepas SUBUH. Kuliah Dhuha (WANITA)Setiap AHAD minggu 2 dan 4 Jam 9.30 pagi

Kalendar Surau

Langgan kalendar surau bagi mendapatkan maklumat aktiviti terkini.

Sumbangan untuk surau...

No akaun: 1207-0005265-71-8 (Bank Muamalat)
Penama akaun: Surau Al' Hijrah Putra Tropika

Organisasi Surau

Struktur organisasi Surau Al-Hijrah

Majlis Korban

Ustaz Azmi dan Mejar Qayyum cuba menenangkan lembu korban

Aidiladha disambut meriah

Kegembiraan terpancar daripada ahli karyah Surau Al-Hijrah dengan kedatangan Aidiladha

Perkemahan Remaja

Anak-anak karyah berbual selepas mendirikan khemah sempena perkhemahan remaja.

Solat Terawikh

Melimpah! Ahli karyah mengimarahkan surau untuk solat terawikh.

Wednesday, December 29, 2010

Cadangan pembangunan Surau Al-Hijrah yang kekal

Insya-Allah ahli karyah Surau Al-Hijrah dalam usaha untuk membangunakan surau kekal di tapak surau sekarang. Berikut dikongsikan pelan cadangan pembinaan tersebut. Insya-Allah akan dimulakan awal tahun 2011 dan dijangka siap suku ke-3 2011. Sebarang sumbangan amat dialu-alukan. Cadangan, pandangan, komen atau maklumat lanjut, sila hubungi AJK Surau Al-Hijrah atau dipostkan di sini http://surau-al-hijrah.blogspot.com/.




Pandangan surau sahaja tanpa bangunan belakang. Surau akan didirikan 2 tingkat dan dijangkan boleh memuatkan 400 orang pada satu-satu masa.


Pandangan depan (dari Putra Tropika)


Pandangan belakang (dari Seriputra5)


Pelan tingkat bawah. Ruang solat utama dan bangunan tambahan diasingkan. Bangunan tambahan meliputi billik musafir (2), stor, dan bilik (2 yang boleh dijadikan tadika/taska). Juga disediakan ruang legar antara ruang solat utama dan bangunan tambahan. Bilik pengurusan jenazah juga akan disediakan.


Pelan tingkat 1. Surau (ruang solat wanita) dan bangunan tambahan diasingkan. Bangunan tambahan yang panjang boleh dikecilkan dan boleh digunakan sebagai dewan atau dibahagikan kepada beberapa kelas.


Lokasi sebenar surau.


Pelan keseluruhan termasuk kawasan hijau dan tempat letak kenderaan.





Gambar bersaiz lebih besar boleh diperolehi di sini:
http://www.facebook.com/album.php?aid=594995&id=329327610175&ref=mf

Gambar Forum Perdana di KUIS bersama Ustaz Ismail Kamus dan Ustaz Farid Ravi

Salam,

Saya kongsikan beberapa kenangan kekal semasa Forum Perdana Maal Hijrah di KUIS baru-baru ini.

















Selebihnya boleh dilihat di sini:
http://www.facebook.com/album.php?aid=317653&id=245996843707&ref=mf

-Khai@BSP-

Monday, December 27, 2010

Teruskan Derma Pembinaan masjid di Bandar Seri Putra

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs765.snc4/66576_121846117871581_120427501346776_135867_5100564_n.jpg

From: Riza Atiq <rizaatiq@pkrisc.cc.ukm.my>

Assalamualaikum

Derma Pembinaan Masjid Mustaqim, Bandar Seri Putra

Siapa yg telah menderma, teruskan menderma
Yang belum menderma, sila menderma

Ia merupakan amal jariah.
Keterangan lanjut:

http://www.eng.ukm.my/~riza/MasjidMustaqim/MasjidMustaqim.html

Riza Atiq





Sunday, December 19, 2010

Mesyuarat Bulanan Surau Al-Hijrah (20 December 2010)

Assalamualaikum wbt
Diharapkan Tuan-Tuan berada di dalam perlindungan dan keredhaan Allah SWT juga hendaknya.
Satu Mesyuarat Bulanan Surau Al-Hijrah akan dijalankan pada 14 Muharram 1432H bersamaan Isnin, 20 December 2010 selepas Solat Isyak. Sehubungan dengan itu, Ahli Jawatankuasa Surau, Jemaah dan semua Kariah dipersilakan hadir bagi tujuan tersebut.
Pihak Surau amat berharap supaya tuan-tuan dapat meluangkan masa untuk kita bersama-sama menggembeling tenaga dan usaha agar semua activiti surau yang dirancangkan dapat berjalan dengan lancar dengan kerjasama semua.
Sebarang cadangan dari pihak tuan untuk meimarahkan surau dan kegiatan surau bagi tahun hadapan amatlah dihargai. 
Agenda Mesyuarat:
  1. Ucapan aluan Pengerusi
  2. Mengesahkan Minit Mesyuarat yang lalu
  3. Perkara perkara berbangkit
  4. Laporan Biro Biro
  5. Hal hal lain
Sekian, terima kasih.
Bagi Pihak Pengerusi 
Setiausaha 2 
Mohd Hanafi Yunus

Nota: Kuliah Maghrib Ustaz Nushi akan dijalankan setiap Ahad. Lakaran surau baru boleh dilihat dipapan tanda surau. Insya-Allah jika tiada aral melintang projek akan dimulakan tidak lama lagi dan dijangka boleh digunakan untuk Ramadhan 1432H.





Friday, December 17, 2010

Forum Perdana di KUIS 23 Dis Lepas Isyak

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash1/hs766.ash1/165709_173826402647715_100000610685373_401156_5356647_n.jpg


Forum Perdana Sempena dengan Sambutan Maal Hijrah 1432 Peringkat Daerah Hulu Langat akan diadakan pada 17 Muharram 1432 / 23 Disember 2010 (Khamis), Selepas Solat isya' (8:30 malam) di Dewan Solat Utama Masjid Al-Azhar KUIS.
Ahli Panel :
1)Y.Bhg. Dato' Ustaz Haji Ismail bin Kamus (Penasihat, Darussalam)
2)Y.Bhg. Ustaz Haji Mohd Farid Ravi bin Abdullah (Pengarah, INHAD).
Moderator : Y.Bhg. Ustaz Zubir bin Awang (Pensyarah, Jabatan Syariah KUIS).

Semua dijemput hadir.

Sunday, December 12, 2010

KUIS: Program Puasa Sunat Hari 'Asyura pada 15 dan 16 Disember 2010 (Rabu dan Khamis)

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash2/hs361.ash2/63974_172852706078418_100000610685373_395697_6999857_n.jpg
Pihak Masjid Al-Azhar akan mengadakan Program Puasa Sunat Hari 'Asyura pada 15 dan 16 Disember 2010 (Rabu dan Khamis). Majlis Berbuka Puasa akan turut diadakan secara PERCUMA dengan syarat daftarkan diri di kaunter yang disediakan seperti biasa setiap kali Isnin dan Khamis. Semua dijemput turut serta. Harap dapat diwar-warkan kepada yang lain. Hantarkan nama peserta mengikut bilangan peserta dan nombor telefon untuk dihubungi ke email saya (admin) muhammadon@kuis.edu.my. Sekian, harap maklum.

Kem Motivasi Aura Kecemerlangan Di Surau Dahlia, Seri Putera

Sunday, December 12, 2010
Kem Motivasi Aura Kecemerlangan Di Surau Dahlia, Seri Putera
Sumber: http://drshafie.blogspot.com/2010/12/kem-motivasi-aura-kecemerlangan-di.html

Surau Dahlia, 2 Muharram = 08 Disember ( Rabu):

Dalam musim cuti persekolahan ini berbagai kegiatan dilakukan sama ada oleh pihak masjid, surau, persatuan penduduk atau NGO bagi mengisi masa pelajar-pelajar yang sedang bercuti, agar masa mereka tidak berlalu begitu saja, tetapi dapat diisi dengan kegiatan yang berfaedah. Dalam hal ini pihak JAIS juga memberi perhatian berhubung dengan bimbingan pelajar dalam masa cuti, iaitu menurunkan peruntukan melalui Pejabat Agama Daerah dengan menawarkan kepada masjid atau surau pilihan bagi mengadakan kem motivasi. Pihak yang berminat menganjur kem berkenaan juga boleh memohon peruntukan sedemikian dari pihak Jabatan Agama Daerah.

Adun Bangi sendiri menerima jemputan merasmikan Kem Motivasi Aura Kecemerlangan di atas yang memberi peluang bagi Adun memahami penganjuran seperti berkenaan.
Kem Motivasi di atas dianjur oleh Surau Dahlia dan mejemput kumpulan motivasi seramai 6 orang yang menamakan kumpulan mereka `Aura Kecemerlangan` menjalankan program motivasi Kem ini di bawah Pengarahnya, Tuan Haji Halim bin Saidin yang merupakan Pengerusi Surau dan Ketua Cawangan di sini. Ahli Jawatankuasa termasuklah Tuan Haji Ahmad Yusof yang merupakan Pengerusi Persatuan Penduduk Induk, Encik Shahrum Pengerusi Persatuan Penduduk Prumahan Dahlia. Turut hadir bersama Adun ialah Encik Khairul Nizam bin Mohd Idris dari Pejabat Agama Daerah Hulu Langat (PAID) dan ibu bapa pelajar.

Pengisian bagi Kem ini ialah Latihan Ibadat, Kepimpinan, Ukhuwwah dan pertandingan-pertandingan yang semuanya berlangsung di dalam dan di pekarangan surau. Adun ketika berucap untuk perasmian mengucapkan terima kasih dan syabas terhadap AJK Surau yang berjaya mengadakan Kem Motivasi pada hari itu. Ini menandakan pihak Surau dan Ibu bapa prihatin terhadap anak-anak dan turut sama hadir di dalam majlis.Adun berharap melalui Kem Motivasi ini dapat memperbaiki amalan ibadart, kaedah belajar, berukhuwwah dan mentaati ibu bapa. Beliau juga mengucapkan terima kasih di atas peruntukan yang diberi oleh PAID bagi Kem Motivasi ini. Ini mencerminkan pihak PAID-JAIS memberi perhatian bukan saja masa persekolahan, tetapi juga pengisian di luar masa persekolahan. Adun menggalakkan ibu bapa menghantar anak-anak belajar agama bagi keselamatan mereka dunia-akhirat.
Tuan Haji Halim memaklumkan seramai 75 orang pelajar mengikuti Kem Motivasi, mereka berumur antara 10 – 17 tahun. Menurutnya pihak PAID memperuntukkan sebanyak RM2,500 bagi Kem ini, tetapi jumlah ini tidak dapat menampung keseluruhan belanja Kem selama sehari, sebab itu sedikit bayaran dikenakan terhadap peserta, iaitu RM15/= seorang.

Pada akhir Majlis penyampaian sijil dan hadiah dilakukan oleh Adun, Sdr. Khairul Nizam, Tuan Haji Halim, Tuan Haji Ahmad dan saudara Shahrum.

Sekian.

Nota: Jika ada mana-mana penganjur yang berminat boleh minta peruntukan daripada Jabatan Agama Daerah

Perkemahan Remaja Surau Al-Hijrah



Bandar Seri Putra, 11 Disember 2010. Pada Jumaat dan Sabtu baru ini, anak-anak karyah Surau Al-Hijrah telah berpeluang untuk turut serta dalam perkemahan remaja di Surau Al-Hijrah. Perkemahan tersebut adalah acara tahunan dan melibatkan kanak-kanak berumuer 7-14 tahun. Selain mendirikan khemah, perbagai aktiviti sampingan dijalankan antaranya lakon, membina bangunan guna surat khabar, cabaran lasak, senaman dan ceramah motivasi. Ini antara lain mendedahkan kanak-kanak kepada sifat berdikari dan kerjasama. Serta ianya meningkatkan lagi keyakinan diri kanak-kanak dan mencabar minda mereka.

Tahniah kepada penganjur yang di ketua oleh Mejar Qayyum serta sekretariat program yang terdiri daripada remaja-remaja karyah Surau Al-Hijrah.



















Gambar lain di sini: http://www.facebook.com/album.php?aid=582582&id=329327610175&ref=mf

-Khai@BSP-

Thursday, December 9, 2010

Sekarang: Perkhemahan Remaja Putra Tropika & Putra96 2010 (10-11/Dis)

Salam,

Bagi anak-anak yg berminat menyertainya, pendaftaran sedang dibuka sekarang. Saya baru sahaja melawat kawasan surau, ramai dah di sana. Urusetia sedang menyediakan tapak perkemahan dan sebagainya. Aktivtiti akan dimulakan dalam pukul 4 petang ini dan berakhir 1.30 tengahari esok.

-Khai-

---------- Forwarded message ----------
From: Khair75-Gmail <khair75@gmail.com>
Date: 2010/12/7
Subject: Perkhemahan Remaja Putra Tropika & Putra96 2010 (10-11/Dis)
To: Khair75 <khair75@gmail.com>


Tarikh : 10 -11 disember (jumaat-sabtu)

Masa pendaftaran : 3.00 - 4.00 petang

Tempat : surau al-hijrah

bayaran : RM15 seorang (bayar lebih pon takpe)

Peralatan perlu dibawa : Khemah , pakaian sukan , kasut sukan dan lain2

sebarang pertanyaan sila hubungi:

hanif : 017-2716572
mejar Qayyum : 019-3716910

Nota: Umur antara 7-14 tahun, remaja lelaki dan perempuan.

FORUM PERDANA SEMPENA MAJLIS SAMBUTAN MAAL HIJRAH 1432 PERINGKAT DAERAH HULU LANGAT

FORUM PERDANA SEMPENA MAJLIS SAMBUTAN MAAL HIJRAH 1432 PERINGKAT DAERAH HULU LANGAT
Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Hulu Langat dengan kerjasama Masjid Al-Azhar Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) akan mengadakan Forum Perdana sempena Majlis Sambutan Maal Hijrah 1432 Peringkat Daerah Hulu Langat pada :-
o Tarikh : 23 Disember 2010 (Khamis)
o Masa : Selepas Solat Isya'
o Tempat : Dewan Solat Utama Masjid Al-Azhar, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
o  Ahli Panel :-
1.  Y.Bhg. Dato' Haji Ismail bin Kamus
Penasihat, Pusat Perubatan Islam Darussalam
2.  Y.Bhg. Ustaz Haji Mohd Farid Ravi Abdullah
Pengarah, Institut Kajian Hadis (INHAD)
Semua Dijemput Hadir.

--
Muhammadon bin Ahmad Tajudin
Penolong Eksekutif
Masjid Al-Azhar
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
Bandar Seri Putra Bangi,
43000 Kajang,
Selangor Darul Ehsan
Telefon : 013-9700237

Sunday, December 5, 2010

Surau Al-Hijrah: Sambutan Maal Hijrah

Assalamualaikum.... Surau Al Hijrah akan mengadakan sambutan Maal Hijrah pada malam ini dengan beberapa pengisian
Dijemput semua ahli kariah ke surau Al Hijrah untuk sama-sama mengisi pengisian program yang telah dirancangkan.

6.00 petang - Bacaan Al Mathurat Kubra - pimpinan Ustaz Nik Hilmizan
6.55 petang - Bacaan Doa Akhir Tahun
7.06 malam - Azan Maghrib
7.20 malam - Solat Maghrib Berjemaah
7.35 malam - Tazkirah Maghrib pimpinan Ustaz Nushi Mahfodz
8.21 malam - Azan isya'
8.30 malam - Solat Isya' Berjemaah
8.50 malam - Jamuan ringkas

Tolong sebarkan pada ahli kariah yang lain.

NOTA :
Surau mengalu-alukan sumbangan kuih muih dari ahli jemaah.


__._,_.___
Recent Activity:
    .

    __,_._,___

    Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More