Kuliah Mingguan Fiqh Seerah Setiap Ahad

Kuliah Mingguan Fiqh Seerah Setiap Ahad, selepas solat Maghrib oleh Ustaz Nushi Mahfodz

Ma'thurat (Sabtu) dan Kuliah Dhuha (Ahad)

Bacaan Zikir Ma'thurat (KUBRO), Setiap SABTU selepas SUBUH. Kuliah Dhuha (WANITA)Setiap AHAD minggu 2 dan 4 Jam 9.30 pagi

Kalendar Surau

Langgan kalendar surau bagi mendapatkan maklumat aktiviti terkini.

Sumbangan untuk surau...

No akaun: 1207-0005265-71-8 (Bank Muamalat)
Penama akaun: Surau Al' Hijrah Putra Tropika

Organisasi Surau

Struktur organisasi Surau Al-Hijrah

Majlis Korban

Ustaz Azmi dan Mejar Qayyum cuba menenangkan lembu korban

Aidiladha disambut meriah

Kegembiraan terpancar daripada ahli karyah Surau Al-Hijrah dengan kedatangan Aidiladha

Perkemahan Remaja

Anak-anak karyah berbual selepas mendirikan khemah sempena perkhemahan remaja.

Solat Terawikh

Melimpah! Ahli karyah mengimarahkan surau untuk solat terawikh.

Monday, October 18, 2010

Pertanyaan dan Jawapan berkenaan Masjid Al-Mustaqim

Pertanyaan berkenaan pembinaan Masjid Al-Mustaqim

NameIskandar Hamim
Emailishxxxx@gmail.com
Komen/Cadangan
Salam,

Saya ingin menderma untuk tabung pimbinaan Masjid Al-Mustaqim, BSP. Cuma pertanyaan saya seperti berikut:

1. Siapa ahli jawatan kuasa untuk pembinaan masjid tersebut
2. Berapakah peruntukkan & status kewangan terkini
3. Bilakah jangka masa pembinaan akan dimulakan

terima kasih






Powered by Wufoo.

Jawapan Pegawai Penerangan dan Pengerusi Masjid Al-Mustaqim

----------
From: Azizul Jabbar Kamaruddin <azizuljabbar@yahoo.com>


Salam,

Saya sebagai Pegawai Penerangan yang ditugaskan oleh Jawatankuasa Pembinaan Masjid Al-Mustaqim, Bandar Seri Putra secara jujur, telus dan ikhlas menjawab persoalan yang ditimbulkan.

  • Secara asasnya, Ahli Jawatankuasa Pembinaan Masjid Al-Mustaqim merupakan warga BSP yang ingin melihat kewujudan sebuah masjid untuk warga BSP. Sejak saya mula menghadiri Mesyuarat atas pelawaan Pemeriksa Kira-kira 1 (Pak Aziz)  pada tahun 2009, pengerusi-pengerusi surau dan Persatuan Penduduk skim-skim perumahan (termasuk Taman Impian Putra) telah dijemput untuk menghadiri mesyuarat JK Pembinaan yang diadakan sebulan sekali. Lokasi mesyuarat diadakan adalah di surau-surau sekitar BSP dan TIP secara giliran.
  • Sila lihat senarai AJK Pembinaan Masjid Al-Mustaqim di sini:
  • Sila lihat Timeline Pembinaan Masjid Al-Mustaqim, Bandar Seri Putra di sini:
  • Baru-baru ini JK Pembinaan telah meluluskan untuk mewujudkan laman Facebook sebagai satu lagi wadah untuk memberitahu komuniti online BSP tentang maklumat terkini Masjid. Saya sedang update laman FB dengan maklumat rasmi (surat-surat MAIS & JAIS) dan terkini yang saya perolehi. Mohon tuan-tuan yang mempunyai akaun FB dapat melayari laman facebook berikut:
  • Saya juga mempelawa tuan-tuan yang mengalami kemusykilan tentang Masjid supaya melayari laman web berikut yang telah diwujudkan lebih awal untuk melihat versi digital surat-surat kebenaran/kelulusan MAIS dan JAIS :
Di situ anda akan dapat menatap maklumat berkenaan Masjid Al-Mustaqim seperti graf kutipan derma sehingga bulan Mei 2010 dan Perspective Drawing Design Masjid. Laman web ini merupakan inisiatif dari Prof. Ir Dr Riza Atiq Abdullah, salah seorang AJK Pembinaan.
  • Setelah mendapat mandat dari JK Pembinaan sebagai Pegawai Penerangan, saya telah mula menjawab persoalan dari ahli kariah di Forum Putra-Mahkota.com melalui topik Masjid Bandar Seri Putra:
  • Pada 14 Januari saya telah menghebahkan ketiga-tiga nombor akaun lengkap Tabung Derma Masjid Al-Mustaqim di Forum Putra-Mahkota.
  • Bertindak atas keperluan menghebahkan nombor-nombor akaun tersebut secara fizikal, pihak JK Pembinaan Masjid telah menempah dan menggantung 8 banner yang tertera nombor akaun masjid bersama-sama lakaran perspektif design masjid di semua surau di BSP dan di SKBSP serta SRABSP. Versi digital banner tersebut juga telah saya hebahkan kepada laman blog surau dan skim perumahan BSP yang saya ketahui, sila lihat di sini:
  • Di samping itu, pihak JK Pembinaan Masjid Al-Mustaqim telah mengadakan beberapa aktiviti sepanjang tahun 2009-2010:
  1. Gotong-royong membersihkan tapak masjid sebanyak 2 kali, terakhir pada 26 Jun 2010
  2. Forum Perdana Ehwal Islam pada malam 26 Jun 2010, yang juga menempatkan booth pameran Masjid Al-Mustaqim. JK Pembinaan juga telah menghebahkan program melalui edaran handbill ke setiap rumah dengan kerjasama Persatuan Penduduk Skim Perumahan masing-masing.
Buku program Forum Perdana juga telah diedarkan kepada SEMUA yang hadir (anggaran 300 orang) yang mengandungi senarai lengkap (setakat tarikh itu) Ahli Jawatankuasa Pembinaan Masjid Al-Mustaqim. Sila lihat Banner hebahan, artikel laporan program, gambar dan klip video di sini:
http://putra-mahkota.com/forum/index.php?topic=4811.0
Bersama-sama email ini saya kepilkan Senarai AJK Penganjur Forum Perdana kepada tuan-tuan yang tidak berkesempatan untuk hadir dalam program-program anjuran JK Pembinaan Masjid Al-Mustaqim pada tahun ini:
http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs795.snc4/67569_121853224537537_120427501346776_135924_6853851_n.jpg

Saya sebagai ahli kariah yang diberi tugas untuk menghebahkan maklumat tentang Masjid Al-Mustaqim kepada kariah mengakui usaha hebahan ini masih lagi belum selengkapnya merangkumi KESEMUA ahli kariah masjid. Oleh itu saya mohon tuan-tuan dapat forward email ini kepada semua rakan-rakan ahli kariah Masjid Al-Mustaqim BSP bagi pihak saya.

Saya akan mencadangkan kepada JK Pembinaan Masjid supaya diadakan satu sesi fotografi pada mesyuarat akan datang supaya gambar semua AJK dapat dimuatkan ke dalam Laman FB Masjid Al-Mustaqim dan pautannya dapat dihebahkan kepada semua blog/forum/laman web surau dan skim perumahan BSP sebagai satu usaha untuk pihak kariah dapat mengenali siapakah AJK Pembinaan Masjid.

Sekian, terima kasih.


Bagi Pihak JK Pembinaan Masjid Al-Mustaqim BSP

Azizul Jabbar Kamaruddin
Pegawai Penerangan




----------
From: Abdul Rahman Hasan, Dr Hj <abrahmanh@stats.gov.my>

Assalamulaikum WBT.


Terima kasih atas  keperihatinan saudara/ri terhadap projek pembinaan masjid kita.  Saya selaku pengerusi terpanggil untuk menjawap persoalan yang dikemukakan dan dengan harapan kita sama-sama membantu merialisasi hasrat murni  penduduk seri putra.  Mudah-mudahan Allah Taala merestui cita-cita kita bersama.


Daripada aspek-tadbir urus:  Projek ini dibawah jawatankuasa pembinaan masjid yang dipengerusikan oleh saya dan ahlinya ialah semua pengerusi surau di BSP serta pengerusi jawatankuasa penduduk (jika surau tidak terdapat di taman2 berkaitan) dan orang perseorangan yang dilantik oleh AJK dari masa ke masa.  Lihat minit mesyuarat ke 15- yang dikepilkan.


Sepatutnya ahli kariah boleh mendapatkan apa-apa makluman berkaitan kemajuan pembinaan masjid kita daripada AJK yang dilantik mengikut kariah masing-masing.

Untuk makluman kita dalam peringkat meningkatkan publisiti supaya derma datang mencurah-curah.  Lagi cepat derma datang lagi cepat kita dapat bina masjid.  Kos dijangka RM 7 juta.



INGAT LAH HARI INI KITA BERUSAHA MEMBINA RUMAH ALLAH, INSYALAH DI SYURGA NANTI ALLAH AKAN MEMBINA MAHLIGAI UNTUK KITA.


Salam- sila call me jika ingin maklumat lanjut
 

Dr. Haji Abdul Rahman Hasan
hp:019-6655487

Sunday, October 17, 2010

Blog YB - Ramah Mesra Seri Putera 2010 Mengeratkan Hubungan Masyarakat

Sumber: http://drshafie.blogspot.com/2010/10/ramah-mesra-seri-putera-2010.html

Monday, October 18, 2010


Ramah Mesra Seri Putera 2010 Mengeratkan Hubungan Masyarakat

Bandar Seri Putera, 08 Zulkaedah = 16 Oktober (Sabtu):


Majlis di atas adalah anjuran Persatuan Induk Penduduk Bandar Seri Putera bersama Bangi Heights Development - UM Land Sdn. Bhd dan Majlis Perwakilan Penduduk Zon 24 MPKj bertempat di Padang Permainan SP 5 dari jam 11.00 pagi – 3.00 petang. Tema Majlis ialah Hidup Bermuafakat, Kejiranan Bertambah Berkat. Antara program yang diatur ialah Ucapan-Ucapan, Perasmian, Jamuan Makan, Persembahan Budaya, Cabutan Bertuah dan Pertandingan.

Hadir pada majlis pada hari ini ialah Y.B. Teo Nie Ching Ahli Parlimen Serdang, Dr. Shafie Abu Bakar Adun Bangi, Haji Mazwan Johar Ahli MPKj Zon 24, Encik Zulkifly bin Garib Bangi Heights Sdn. Bhd. (BHSB), Tuan Haji Ahmad bin Yusof YDP Persatuan Penduduk BSP yang juga selaku Pengarah Sambutan, En. Fadzri bin Md. Jaafar (BHSB) selaku Timbalan Pengarah 1, Tuan Haj. Abd. Rani bin Othman Timbalan Pengarah 2 dan saudara Burhanuddin bin Hj. Mahwal Selaku Setiausaha seterusnya AJK dan orang ramai yang membanjiri padang permainan.


Perasmian Majlis ialah dengan Pukulan Gong secara bersama oleh Y.B. Teo Nie Ching dan Y.B. Dr. Shafie Abu Bakar di atas pentas berhadapan dengan para tamu dan orang ramai yang hadir.


Sebelum upacara perasmian Pengerusi AJK Penduduk menyampaikan ucapan yang menekankan tentang usaha mendirikan Masjid Bandar Seri Putera berjalan lancar dan kini dana dapat dikumpul melebihi RM400,000. Kini sumbangan tetap bulanan dari penduduk melebihi RM20,000 sebulan. Apabila dana mencecah RM2 juta, maka pembangunan bangunan akan dimulakan yang dijangkakan pada Mac 2011. Beliau juga memaklumkan tentang Bangunan Sekolah Menengah Bandar Seri Putera masih tertangguh dan kemungkinan masih tidak dapat digunakan pada awal tahun hadapan, manakala bangunan klinik kesihatan sudah siap. Pengarah Operasi UM Land Sdn. Bhd. Berucap ringkas berterima kasih kepada semua pihak dan menekankan bahawa syarikatnya senantiasa bekerjasama memberi perhatian tentang kepentingan dan kesejahteraan penduduk yang memilih Bandar Seri Putera sebagai tempat kediaman. Beliau berharap penduduk berpuashati dengan khidmat yang diberi selama ini.


Adun Bangi ketika diminta berucap, menyentruh tentang Bandar Seri Putera mempunyai pola yang sama dengan Bandar Baru Bangi, Sebagaimana BBB sebagai Bandar baru dan tiada siapa yang dapat mendakwa sebagai penduduk asal, maka demikianlah Bandar Seri Putera, tuan-tuanlah peneroka bersama, sebab itu tuan-tuan adalah mereka yang berhak menentukan corak dan arah Bandar Seri Putera. Seperti mementingkan kesejahteraan, Ilmu dan Keislaman. Jika ini dihasratkan, semua pihak perlu bekerja merealisasikan hasrat sedemikian.


Adun Bangi juga mengingatkan, bahawa Bandar Seri Putera sebagai Bandar masyarakat menengah atas dan sederhana, menurut kajian sosiologi, masayarakat sedemikian cenderung kepada bersikap individualis dan kurang bergaul, kerana mereka mempunyai segala keperluan dan tidak bergantung kepada orang lain. Kita tidak mau keadaan ini berlaku kepada masyarakat di Bandar Seri Putera. Adun Bangi berpendapat Majlis Ramah Mesra yang diadakan pada hari ini amat penting di dalam usaha berkenal-kenalan dan mengeratkan hubungan dengan masyarakat. Majlis seumpama ini perlu diadakan dari masa ke masa, bahkan usaha mendirikan masjid juga salah satu cara yang mengeratkan individu dengan jamaah dan hidup bermasyarakat secara ukhuwwah. Beliau mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua pihak yang menjayakan Majlis Ramah Mesra yang begitu berjaya.


Yang terakhir berucap ialah Y.B. Teo Nie Ching, beliau berdukacita dengan pihak Kementerian Pelajaran yang menjanjikan Sekolah menegah dapat disiapkan pada tahun 2010, tapi tak dapat ditepati. Beliau berharap klinik kesihatan yang telah siap dapat dibuka sesegera mungkin. Beliau menyebut tentang bajet yang baru disampaiakn oleh Perdana Menteri di Parlimen semalam, bahawa antaranya bayaran tol tidak akan dinaikkan dalam tempoh lima tahun akan datang. Beliau bertanya, dengan tidak naik kadar tol adakah kerajaan mengganti rugi? Beliau menyebut tentang kerajaan membayar pampasan kepada syarikat tol pada tahun 2008 sebanyak RM731 juta dan 2009 ialah RM813. Jika demikian bererti kerajaan juga menggunakan wang rakyat bagi memberi pampasan kepada syarikat-syarikat tol.


Semasa jamuan makan pertunjukan budaya dari anak-anak penduduk diadakan, termasuk cabutan bertuah dan beberapa pertandingan yang lain.


Majlis Ramah Mesra berjaya mengeratkan hubungan masyarakat Bandar Seri Putera.

Sekian.

Friday, October 15, 2010

Selamat Mengerjakan Ibadah Haji

Kepada seluruh Warga Bandar Bukit Mahkota, Bandar Seri Putra, Putra Impian, Desa Mahkota dan Bangi Lama
yang akan menunaikan Haji pada tahun ini... 



Bersamalah kita doakan keselamatan mereka supaya selamat pergi dan selamat kembali ke Tanah Air...
Amin...

Sumber: http://putra-mahkota.com/forum/index.php?topic=5620.msg59809#msg59809

Konvensyen Pembangunan Ummah - 22-24 Oktober 2010

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs882.snc4/71549_480749498707_245996843707_6943903_3671724_n.jpg

Salam,
Dijemput kepada rakan-rakan yang berminat ke Konvensyen Pembangunan Ummah

Tarikh: 22-24 Oktober 2010
Tempat: Auditorium Masjid Putra (Putrajaya)

Maklumat lanjut:

http://konvensyen.haluan.org.my/

Wednesday, October 13, 2010

KUIS: PENYERTAAN IBADAH QURBAN / AQIQAH 1431H

http://www.lazyaumil.org/files/qurban_1429H01.JPG
Gambar hiasan dipetik dari http://www.lazyaumil.org


Assalamualaikum.
Masjid Al-Azhar Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) kini membuka Penyertaan Ibadah Qurban @ Aqiqah 1431H. Harga satu (1) bahagian RM370 sahaja. Borang Penyertaan boleh didapati di Pejabat Masjid Al-Azhar ataupun secara E-mail kepada muhammadon@kuis.edu.my. Pertanyaan lanjut sila hubungi Muhammadon (Pen. Eksekutif Masjid Al-Azhar) ditalian 013-9700237.
Sekian, terima kasih.

--
Muhammadon bin Ahmad Tajudin
Penolong Eksekutif
Masjid Al-Azhar
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
Bandar Seri Putra Bangi,
43000 Kajang,
Selangor Darul Ehsan
Telefon : 013-9700237


Tuesday, October 12, 2010

Majlis Ramah Mesra BSP 16 Oktober 2010



Majlis Ramah Mesra BSP 2010

16 Oktober 2010
11am-3pm
Padang Permainan SP5


Jamuan Makan
Pertandingan Menarik Teh
Persembahan Kebudayaan
Cabutan Bertuah

"Hidup Bermuafakat, Kejiranan Bertambah Berkat"

Anjuran bersama:
BSP Induk
Bangi Height
Ahli Majlis Z24

Monday, October 11, 2010

Forum Keluarga KMS Bersama Ustaz Hasrizal dan Puan Wardina Safiyyah

Sudah puas berkenduri di sepanjang Syawwal?
Tentu sahaja sepanjang bulan lalu, kita sibuk memenuhi undangan bukan sahaja ke rumah-rumah terbuka, malah walimah perkahwinan yang mengambil semangat Aidilfitri dan Syawwal.
Khalifah Model School (KMS) dengan kerjasama Kelab Wanita Universiti Kebangsaan Malaysia Gugusan Kesihatan menjemput anda semua untuk menyertai sebuah forum amal pada pagi Ahad ini di Auditorium Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) atau dahulunya dikenali sebagai Hospital UKM di Bandar Tun Razak, Cheras, Kuala Lumpur.

Forum bertajuk "Cabaran Mendidik Generasi-Y: Antara Rumah dan Sekolah" kali ini akan dikendalikan oleh trainer Khalifah Institute, saudara Muhammad Qayyum Abdul Raof bersama dua panelis jemputan iaitu Ustaz Haji Hasrizal Abdul Jamil daripada Saifulislam Training & Consultancy serta Puan Wardina Safiyyah, personaliti TV dan penulis buku kanak-kanak.
Kedua-dua panelis akan berkongsi ilmu pengetahuan dan pengalaman pada membicarakan tentang cabaran-cabaran semasa dalam pendidikan anak-anak. Jurang antara generasi dengan cabaran serta pendedahan yang amat berbeza di antara anak-anak, ibu bapa dan guru-guru di sekolah menuntut kepada perkongsian bijak kesemua pihak ke arah membentuk formula pendidikan yang berkesan.
Sesuai dengan pendekatan Metod Khalifah, ibu bapa di rumah sentiasa diberi galakan agar sistem dan pembentukan yang diamalkan di sekolah turut dilaksanakan di rumah. Sekolah dan rumah mesti saling berganding bahu, bukan sahaja ke arah meningkatkan sinergi, malah untuk mencegah konflik nilai yang serius di kalangan anak-anak.
Bayaran tiket untuk program ini adalah sebanyak RM80 seorang.
Di dalam program ini, seluruh hasil jualan tiket akan disalurkan ke dana sekolah Khalifah Model School untuk pembangunan pendidikan murid-murid. Usaha merealisasikan cita-cita melahirkan insan yang menghayati jati diri mereka sebagai Khalifah Allah di KMS ini memerlukan kepada komitmen kewangan di samping sokongan moral, tenaga, masa dan upaya semua pihak.
Bagi ibu tunggal, pelajar dan individu yang berminat untuk menyertai forum ini, namun terhalang oleh komitmen kewangan, pihak penganjur berusaha untuk mendapatkan penajaan semaksima mungkin. Hubungilah nombor-nombor yang disertakan di bawah untuk keterangan lanjut.
Saifulislam Training & Consultancy juga bermurah hati menawarkan diskaun hebat untuk pembelian buku-buku di booth jualan mereka bagi pemegang tiket forum ini, terutamanya buku tulisan al-Fadhil Ustaz Haji Hasrizal Abdul Jamil (Abu Saif) seperti Aku Terima Nikahnya, Bercinta Sampai ke Syurga (ATN2), Murabbi Cinta (ATN3), Rindu Bau Pohon Tin, Secangkir Teh Pengubat Letih dan Transformasi Ramadan. Buku-buku lain juga ada disediakan termasuk buku-buku tulisan Puan Wardina Safiyyah.
Untuk keterangan lanjut dan tempahan tiket, sila hubungi nombor-nombor berikut:
Khalifah Model School:
03-42513386 (PN JEHAN) / 03-42566810 (CIK FARAH) / 012 3600165 (PN SHOMIRIZA) / 013252336 (PN SITI)
Kelab Wanita UKM:
03- 91455051 (PN ROSNAH) / 03- 91455154 (PN FAZLEEN) / 03- 91455028 (PN HARIZAN) / 0122810281 (DR SUZANA)
Ketemu di sana, Insya Allah.

Thursday, October 7, 2010

Majlis Ramah Mesra BSP 16 Oktober 2010

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc3/hs419.snc3/25240_393956637995_163419787995_3872803_4258764_n.jpg
Gambar hiasan

Warga BSP... jangan kemana-mana Sabtu depan 16 Oktober 2010. Ini kerana Jawatankuasa Penaja Persatuan induk BSP dengan kerjasama Bangi Height Development (aka Pemaju BSP) akan mengadakan Majlis Ramah Mesra BSP mulai jam 11 pagi hingga 3 petang. Perbagai hidangan disediakan dan juga aktiviti. Tempat.... padang permainan SP5 (Jalan 5/7)... dihadapan Restoran Haji Tapah.

Nantikan pengumuman rasminya daripada ajknya nanti... saya hanya buat makluman awal berdasrkan info yg saya terima. Ini betul2 punya ni... tak tipu. Semua warga BSP dijemput hadir... kalau ada yg teror menarik teh, boleh masuk pertandingan menarik teh.

Jom serbu!!!

Majlis Pengislaman Saudara Baru

Assalamualaikum Wrt. Wbt.

Y.Bhg. Prof. Dato' / Datin / Tuan / Puan yang  saya hormati sekalian.

Masjid Al-Azhar akan mengadakan Majlis Pengislaman Saudara Baru seperti ketetapan berikut;-

Tarikh : 8/10/2010 (Jumaat) dan 10/10/2010 (Ahad)

Masa : selepas Solat Zohor

Tempat : Dewan Solat Utama Masjid Al-Azhar KUIS.

Mudah-mudahan dengan kehadiran Y.Bhg. Dato' / Datin / Tuan / Puan akan dapat memberi semangat, nasihat dan kata-kata perangsang kepada saudara baru ini untuk meneruskan hidup dalam ajaran agama Islam ini nanti, Insya Allah...

Sekian, terima kasih.



--
Muhammadon bin Ahmad Tajudin
Penolong Eksekutif
Masjid Al-Azhar
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
Bandar Seri Putra Bangi,
43000 Kajang,
Selangor Darul Ehsan
Telefon : 013-9700237

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More