Kuliah Mingguan Fiqh Seerah Setiap Ahad

Kuliah Mingguan Fiqh Seerah Setiap Ahad, selepas solat Maghrib oleh Ustaz Nushi Mahfodz

Ma'thurat (Sabtu) dan Kuliah Dhuha (Ahad)

Bacaan Zikir Ma'thurat (KUBRO), Setiap SABTU selepas SUBUH. Kuliah Dhuha (WANITA)Setiap AHAD minggu 2 dan 4 Jam 9.30 pagi

Kalendar Surau

Langgan kalendar surau bagi mendapatkan maklumat aktiviti terkini.

Sumbangan untuk surau...

No akaun: 1207-0005265-71-8 (Bank Muamalat)
Penama akaun: Surau Al' Hijrah Putra Tropika

Organisasi Surau

Struktur organisasi Surau Al-Hijrah

Majlis Korban

Ustaz Azmi dan Mejar Qayyum cuba menenangkan lembu korban

Aidiladha disambut meriah

Kegembiraan terpancar daripada ahli karyah Surau Al-Hijrah dengan kedatangan Aidiladha

Perkemahan Remaja

Anak-anak karyah berbual selepas mendirikan khemah sempena perkhemahan remaja.

Solat Terawikh

Melimpah! Ahli karyah mengimarahkan surau untuk solat terawikh.

Friday, July 30, 2010

Gotong-royong Surau Al-Hijrah, 8 Ogos, 8 pagi.

Assalammualaikum

Menjelang Ramadhan yang hampir menjelma, pihak Surau Al-Hijrah akan mengadakan majlis gotong-royong membersihkan surau.

Perinciannya adalah seperti berikut:

GOTONG-ROYONG
SURAU AL-HIJRAH

8 OGOS 2010

8.00 PAGI


Antara aktiviti yang akan dijalankan:
  • Bersihkan kawasan luar surau
  • Mengemaskan kawasan dalam surau
  • Membaiki paip air yang rosak
Pada selepas Zohor, aktiviti memasak untuk jamuan akan dilakukan di perkarangan surau.

Jamuan
tersebut akan diadakan selepas solat Asar.

Semua ahli karyah dijemput hadir.

Harap maklum.

Thursday, July 22, 2010

Ceramah Dato' Ismail Kamus di Masjid Al-Azhar KUIS

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEipRaJeFtsboOm5qXghG0q9RJtdtO4yg71WRmqDKJMrgv-6umkV7BYIomNssTwmy2gAWwkorvHDxBC5yh129QXTJFlhZ-PORAUKMnNhqiQqzZBLiFbDP2nuMTWoo_1m-uNigjH482q6Xo8/s400/ismail-kamus03.jpg
CERAMAH PERDANA ISRA' DAN MIKRAJ
Oleh :
Y.Bhg. Dato' Haji Ismail Kamus

Tarikh: 26 Julai (Isnin)
Masa : Selepas Solat Maghrib (7:45)
Tempat: Dewan Solat Utama Masjid Al-Azhar
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)

SEMUA DIJEMPUT HADIR

Tuesday, July 20, 2010

Program Qurban Al-Hijrah 1413H/2010M

assalamualaikum







Diterbitkan oleh Biro Hebahan & Komunikasi Surau Al-Hijrah. Sekiranya anda mempunyai sebarang cadangan, pendapat ataupun aduan, sila email kepada info.alhijrah@gmail.com untuk tindakan selanjutnya.

Borang dalam bentuk PDF

Rakaman visual Majlis Rawatan semalam

Pengurusan Jenazah di BSP

Salam ini maklumat yang saya perolehi berkenaan pengurusan jenazah di BSP yg mungkin ramai tidak mengetahuinya lagi.

http://www.surausyakirin.org/Pengurusan%20Tanah%20Kubur%20BSP.pdf

Proses Rawatan diteruskan HARI INI dan ESOK

Alhamdulillah, proses rawatan semalam telah dilaksanakan dengan jayanya dengan kehadiran yang baik dari ibubapa dan penduduk sekitar. Terima kasih diucapkan dari pihak PIBG. Juga terima kasih kepada semua penderma. Semoga tuan-tuan dimurahkan rezeki.

Proses rawatan semalam perlu dilakukan 3 hari berturut-turut. Insya-Allah malam ini (21 Julai)dan esok (22 Julai), akan diadakan di dewan seperti semalam. Tetapi ianya dijangkakan lebih singkat tanpa kehadiran wakil dari Darussyifa'. Majlis akan bermula dengan azan Maghrib dan diteruskan dengan proses rawatan. Kemudian akan solat Maghrib dan seterusnya bersurai. Harap ramai dapat meluangkan masa.

Monday, July 19, 2010

Gambar: Pembinaan Tangga dan Paip Wuduk Tambahan

Assalammualaikum,

Dikongsikan gambar pembinaan tangga di pos pengawal dan paip wuduk tambahan yang telah mendapat sumbangan daripada semua.

Pihak PIBG SRA- BSP mengucapkan terima kasih kepada semua penderma. Sumbangan anda sangat kami hargai dan diucapkan terima kasih.

Teruskan menyumbang ke akaun PIBG SRA-BSP.

Akaun PIBG untuk sebarang sumbangan di Bank Muamalat - 140800000626717.


PIBG SRA-BSP juga sedang menawarkan WAKAF RM10.00 bagi setiap marmar yang akan digunakan sebagai tambahan kepada lapisan simen tangga dalam pembinaan. Ini termasuk upah memasang dan pembelian marmar tersebut.

Jumlah marmar yang diperlukan adalah 100 keping atau RM1,000 seperti yg dimaklumkan En. Zul.

Terkini: Tinggal 85 unit Wakaf

Sebarang pertanyaan,sila hubungi YDP PIBG,Sdr Lokman :019-7027995
& Zulkifli (AJK BPK):017-3761584

Tangga di pos Pengawal






Paip tambahan





Bagi pihak PIBG SRA-BSP

=================================
SEKOLAH RENDAH AGAMA BANDAR SERI PUTRA (SRA-BSP)
Jalan Seri Putra 2/1, Bandar Seri Putra,
43000 Kajang, Selangor DE.
Tel: 019-2114617 / 016-6442652

Hubungi PIBG
YDP: En Lokman Bin Md Sarip
019-7027995, drlokman08@gmail.com

Blogpage: http://srabandarseriputra.blogspot.com/
Facebook: http://www.facebook.com/pages/SRA-Bandar-Seri-Putra/179473523862
Email: srabandarseriputra@gmail.com
============================



Marilah Beramai-ramai Hadir Majlis di SK-BSP MALAM INI

Assalammualaikum.

Berkaitan dengan Majlis Bacaan Yassin untuk Rawatan malam ini, pihak PIBG telah diminta untuk menyediakan beberapa perkara oleh perawat (Darussyifa'). Berikut adalah perkara yang perlu disediakan:
  • Air Mineral (20 karton)
  • Garam (3 guni)
  • Lada hitam (15kg)
  • Badli dan gayung untuk agihkan barang di atas.
Bagi meringankan kewangan PIBG, ibubapa yang ingin menyumbang, boleh juga memberi sumbangan dalam bentuk kewangan.

Manakala, bagi keperluan baldi dan gayung, diharap ibubapa atau penduduk setempat dapat membawa baldi dan gayung rumah masing-masing.
Sebaiknya badli dan gayung itu ditanda dan dapat diserahkan kepada PIBG sebelum 7.00 malam.

Sebarang sumbangan boleh disalurkan kepada YDP PIBG, Ustaz Rozi 019-3582173 atau Ketua PAKSI, En Arzok 012-2195909.

Manakala, mungkin ada yang tertanya-tanya persediaan individu yang hadir atau yang tidak dapat bersama. Saya sertakan beberapa perkara yang boleh di sediakan untuk makluman semua.

Untuk yang turut hadir:
  • Diharap dapat hadir sebelum solat Maghrib
  • Kenderaan hendaklah diletakkan di padang sekolah. Ini untuk mengelakkan kesesakan.
  • Digalakkan memakai penutup kepada seperti songkok, kopiah dsb.
  • Sila bawa sejadah dan surah yassin untuk kegunaan sendiri
  • Digalakkan membawa payung. Ini sebagai persediaan jika hujan.
  • Air mineral, garam kasar (bukan garam bukit), dan lada hitam. Ini untuk kegunaan sendiri di kemudian hari.
  • Membantu PIBG dalam penyediaan barangan rawatan seperti menampung air dalam badli serta memenuhkan baldi dengan garam dan lada hitam yang disediakan PIBG
  • Turut sama dalam proses rawatan
  • Jika ada sebarang kemusykilan, jangan malu bertanya.
  • Tawakal kepada Allah sebagai satu-satunya tempat kita bergantung.
Untuk yang tidak dapat hadir:
  • Digalakkan membaca ayat Al-Quran atau sekurang-kurangnya amalkan ayat Kursi dan 4 Qul.
Sekali lagi PIBG menyeru ibubapa dan penduduk setempat dapat hadir sama meluangkan masa dan tenaga agar anak-anak kita selesa di sekolah seterusnya dapat memperolehi keputusan cemerlang seperti yang ibubapa idamkan.

Ini hanya sedikit usaha kita dan kepada Nya kita berserah.

Sekian.

Unit Perhubungan Awam dan Komunikasi (PAKSI)
Bagi Pihak PIBG SK-BSP

Majlis Bacaan Yassin untuk Rawatan di SK-BSP 7.00 MALAM INI

Assalammualaikum,

Bagai pihak PIBG, kami ingin mengingatkan berkenaan Majlis Bacaan Yassin untuk Rawatan yang akan diadakan di SK-BSP malam ini.

Berikut adalah aturcara malam ini:

7.00 malam - Ketibaan
Solat Maghrib
Taklimat oleh Darussyifa'
Solat Hajat
Bacaan Yasin
Zikir
Solat Isya'
Persediaan
Rawatan
Bersurai

PIBG memohon komitmen ibubapa dan penduduk setempat untuk turut hadir bagi meramaikan majlis seterusnya membantu proses rawatan.

===============

Unit Perhubungan Awam dan Komunikasi (PAKSI)
Bagi pihak PIBG SK-BSP


--> Email berkaitan:

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs089.snc4/35822_413418550788_182228500788_4416745_6850713_n.jpg

Assalammualaikum.

Dengan hormatnya tuan/puan/Dato'/Datin dijemput hadir ke Sekolah Kebangsaan Bandar Seri Putra untuk Majlis Bacaan Yassin bagi tujuan rawatan.
Berikut adalah maklumat berkaitan majlis tersebut:

Tajuk: Majlis Bacaan Yassin untuk Rawatan
Tempat: Sekolah Kebangsaan Bandar Seri Putra
Masa: Solat Maghrib di surau sekolah
Tarikh: 20 Julai 2010

Semua warga Putra-Mahkota (BSP, BM dan TIP) dijemput hadir dengan membawa sejadah sendiri.
Manakala, bagi yang ingin menggunakan kaedah rawatan yang akan diamalkan,
bolehlah membawa bekalan sendiri seperti Air Meneral, Garam dan Lada Hitam.

Sekian dimaklumkan,
Bagi Pihak Sekolah dan PIBG

Wednesday, July 14, 2010

Taklimat Warga BSP dan sekitarnya

Taklimat Warga BSP dan sekitarnya

13Jul2010
Warga BSP dan sekitarnya adalah dijemput untuk hadir ke majlis taklimat rawatan SKBSP yang dirancang pada 20 Julai ini. Taklimat ini penting supaya semua penduduk diberikan taklimat bagaimana cara sebenar mengendalikan 'situasi'. Datanglah beramai-ramai untuk kebaikan bersama. Majlis dirancang akan diadakan seperti berikut :

Tarikh: 15 Julai 2010 (Khamis)
Masa : selepas solat Maghrib/ 8.15 malam
Tempat : Bilik Mesyarat Baiduri SKBSP

Nota: maaf atas kesilapan teknikal sebelum ini yang melaporkan majlis tersebut akan diadakan pada 20 Julai.

Monday, July 12, 2010

Isra Mikraj 17 Julai 2010 (Sabtu ni) di Pusat Khidmat Masyarakat Putra-Mahkota


Assalamualaikum Wrh Wbt:

Tarikh: 17 Julai 2010
Masa: 8.30 pagi
Tempat : Pusat Khidmat Masyarakat Putra-Mahkota,Bdr seri putra
Penceramah: Ust. Halim Din (Lembaga Zakat Selangor)

Semua dijemput hadir


__._

Solat Hajat Malam Ini di Surau (13 Julai 2010)

assalamualaikum

Kepada semua jemaah yang berkelapangan, atas permintaan saudara Chef Rozizan Tarmizi (No 12 JSP 6/4) diminta Tuan-Tuan turut serta untuk solat hajat malam ini selepas Maghrib di Surau Al-Hijrah. Ini kerana ibu mertua beliau sedang koma dan mendapat rawatan di Hospital Serdang. Sama-samalah kita mendoakan kesejahteraan beliau dan melapangkan masa kita yang terluang malam ini.

Sekian, wassalam.

Signature Email I

Diterbitkan oleh Biro Hebahan & Komunikasi Surau Al-Hijrah. Sekiranya anda mempunyai sebarang cadangan, pendapat ataupun aduan, sila email kepada info.alhijrah@gmail.com untuk tindakan selanjutnya.

 


PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT, 16-18 Julai

PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT

Assalammualaikum,

Pada 16-18 Julai yang akan datang (hujung minggu ini) Law Professors akan menganjurkan Program Khidmat Masyarakat di kawasan Bandar Seri Putra. Terdapat 3 acara utama didalam program ini iaitu:

1) Klinik Guaman PERCUMA Untuk Orang Awam. Seluruh komuniti bandar seri putra, bangi lama, nilai dan bukit mahkota adalah dijemput hadir untuk bertemu para peguam, penasihat undang-undang dan paralegal bagi mendapatkan khidmat nasihat tentang apa sahaja konflik atau permasalahan undang-undang. Bayaran tidak akan dikenakan. Tetapi digalakkan membuat panggilan ke 03-21169635/0389264352 untuk membuat temujanji. Klien yang datang tanpa temujanji tetap akan dilayan tetapi keutamaan akan diberikan kepada mereka yang mempunyai temujanji.

2) Klinik Kaunseling PERCUMA Untuk Orang Awam. Selain daripada klinik guaman, kami juga akan mengadakan Klinik Kaunseling PERCUMA untuk orang awam. Sekali lagi, kami ingin menjemput seluruh komuniti bandar seri putra, bangi lama, nilai dan bukit mahkota untuk bertemu kaunselor berpengalaman dari Universiti Malaysia Pahang, Puan Haslinda Hashim untuk sekadar berkongsi masalah dan jika perlu, mendapatkan khidmat nasihat tentang apa sahaja konflik atau permasalahan keluarga atau peribadi. Puan Bayaran tidak akan dikenakan. Tetapi digalakkan membuat panggilan ke 03-21169635/0389264352 untuk membuat temujanji. Klien yang datang tanpa temujanji tetap akan dilayan tetapi keutamaan akan diberikan kepada mereka yang mempunyai temujanji (sila rujuk brosur untuk maklumat lanjut)

3) Bengkel-bengkel Ilmu (kepimpinan, keusahawanan, pengurusan stress, pengendalian acara & protokol (event management & protocol), hiasan dalaman, asas enjin, komunikasi berkesan, seni & kraf dll) SEMUA BENGKEL TIDAK DIKENAKAN BAYARAN. MASUK ADALAH PERCUMA TETAPI TEMPAT ADALAH TERHAD KEPADA 25 ORANG SAHAJA.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi kami di talian 03-21169635, 03-89264352 atau 012 6627528

Sekian terima kasih.

Thursday, July 8, 2010

Undangan Majlis Kesyukuran & Tazkirah Isra' Mikraj

From: Info Surau Al-Hijrah <info.alhijrah@gmail.com>



assalamualaikum.bmp

 

sahari.jpg

Signature Email I

Diterbitkan oleh Biro Hebahan & Komunikasi Surau Al-Hijrah. Sekiranya anda mempunyai sebarang cadangan, pendapat ataupun aduan, sila email kepada info.alhijrah@gmail.com untuk tindakan selanjutnya.

 


Jamuan Santai Sempena Isra' & Mikraj -2010

Tuan/Puan,
Satu Majlis Jamuan Santai Sempena Isra' & Mikraj akan diadakan pada tarikh, masa dan tempat berikut:

Tarikh   : 10 Julai 2010
Masa    : lepas Isyak
Tempat : Surau Al Hijrah
Jamuan : Kambing N Nasi Berani Shocked

** Didahului Takzirah oleh Ustaz Nik

Penyelaras Utama  : Mazni/Azri/Shaari

Semua Ahli Kariah surau Al Hijrah dan Muslimin setempat dijemput hadir..

JEMPUTAN KE MAJLIS TAHLIL DAN DOA SELAMAT - 9 JULAI 2010

http://putratropika.com/forum/index.php?topic=1755.msg14903#msg14903

Majlis Tahlil dan Doa Selamat

Oleh Warga: En Anuar Ali (6/8)
Tarikh  : Jumaat, 9/07/2010 - MALAM INI
Masa   : Lepas Maghrib
Tempat : Surau Al-Hijrah, Jln BSP 6/3

Tarikh  : 9/7/2010 (Malam ini)
Masa   : Lepas Isyak
Alamat : No. 34, Jalan 6/7 (Rumah Tuan Hj Arifin)

Semua dijemput Hadir.. Cool

Info Kematian Ibu Sdr. Anuar Ali (No 7 JSP 6/8)

From: Info Surau Al-Hijrah <info.alhijrah@gmail.com>



assalamualaikum.bmp

Dukacita dimaklumkan, Puan Che Amah binti Ariffin, Ibu kepada Encik Anuar Ali telah meninggal dunia di rumah beliau di No 7 Jalan Seri Putra 6/8 akibat sakit tua. Beliau meninggal kira-kira jam 6.00 petang kelmarin dan jenazah Almarhumah telah disempurnakan di Surau Asy Syakirin pada jam 10.00 pagi tadi. Jenazah selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Bandar Seri Putra selepas itu.

Jenazah Almarhumah merupakan yang pertama disempurnakan setelah Badan Khairat Kematian Surau Al-Hijrah ditubuhkan. Alhamdulillah, pengendalian telah dijalankan sebaik mungkin mengikut amanah Tuan Rumah serta sumbangan Tuan Puan yang telah menyertai Khairat Kematian ini. Diharapkan kepada mereka yang belum mencarum, peluang masih dibuka agar kita semua dapat berkongsi serba sedikit akan tanggungjawab dan Fardu Kifayah ini bukan sahaja untuk kita dan keluarga, tetapi juga untuk masyarakat dan Ahli Kariah kita.

Bagi pihak Pengerusi Surau dan Pengerusi Khairat Kematian, ucapan terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada sahabat-sahabat dan isteri yang telah membantu di dalam urusan pengkebumian sehingga segalanya nampak begitu lancer sekali. Semoga Allah sahaja yang membalas budi Tuan Puan semua.

Juga disampaikan salam Encik Anuar Ali, agar kita dapat melapangkan sedikit masa untuk Tahlil pada malam ini, 8 Julai 2010 selepas Isyak di Surau Al-Hijrah.

Wassalam


Signature Email I
Diterbitkan oleh Biro Hebahan & Komunikasi Surau Al-Hijrah. Sekiranya anda mempunyai sebarang cadangan, pendapat ataupun aduan, sila email kepada info.alhijrah@gmail.com untuk tindakan selanjutnya.


Thursday, July 1, 2010

Blog Dr. Shafie: Rasmi Pungut Derma Bagi Membina Masjid Bandar Seri Putera

Thursday, July 1, 2010


http://drshafie.blogspot.com/2010/07/rasmi-pungut-derma-bagi-membina-masjid.html

Bandar Seri Putra. 13 Rajab = 26 Jun (Sabtu):


Sebagai sebuah Bandar yang berkembang pesat dengan pembangunan dan pertambahan penduduk 35,000 orang dari 20 taman, Bandar Seri Putera (BSP) sudah sewajarnya mempunyai sebuah masjid bagi menampung keperluan terutama Jumaat di Bandar ini. Tapak sebenarnya telah disediakan oleh pemaju. Cuma usaha terutama bagi mendapat dana perlu dilakukan. Setakat ini penduduk menunaikan fardhu Jumaat dengan menumpang di Masjid KUIS. Oleh kerana kekurangan tempat baru-baru ini sebuah dari surau di Bandar di sini dibenarkan mendirikan Jumaat sementara masjid sebenarnya dapat disiapkan.


Kesedaran ke arah perlunya didirikan masjid ini telah dibangkitkan oleh ADNS sejak dari awal lagi, dan pertemuan pertama dilakukan pada 8 Julai 2008 dan AJK telah ditubuhkan. Kini AJK dipengerusikan oleh Tuan Dr Hj. Abdul Rahman bin Hassan dengan Timbalannya En. Alminizam bin Ali dengan Bendahari En. Ahmad Nizam dan Timbalan En. Burhanuddin bin Mahwal dengan sejumlah AJK. Tuan Haji Ahmad Yusof dan Hj Mohd Anwar Khan sebagai Penasihat.


Setakat ini pihak AJK telah menjalankan usaha ke arah merealisasikan agar masjid Bandar Seri Putera yang diberi nama `Masjid Al-Mustaqim` itu menjadi kenyataan. Pada kali ini ialah dengan mengadakan Pelancaran Derma Masjid. Pelancaran ini sepatutnya dilakukan oleh YB Dato` Dr. Hassan Ali Exco Hal Ehwal Islam dan Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, tetapi beliau tidak dapat hadir dan tugas ini diwakilkan kepada ADNS Bangi.

Sempena dengan pelancaran ini di adakan forum yang bertajuk ``Membina Rumah Allah`` Panel bagi forum ini ialah Ybhg. Ustaz Haji Mohd Farid Ravi bin Abdullah dari KUIS dan Ybhg. Dr. Hajjah Asiah bt. Ali dari UITM dengan moderatornya ialah Ybhg. Dr. Azhar Yaakobdari UTM. Forum ini berlangsung jam 9.30 malam, iaitu selepas pelancaran Dana Masjid Al-Mustaqim.


Tidak siapa menafikan tentang besarnya pahala membina masjid dan ini ditekankan oleh semua panel. Ayat Quran menyebut bermaksud:

``Sesungguhnya Masjid (Quba` yang Engkau bina wahai Muhammad), yang telah didirikan atas dasar taqwa dari mula (wujudnya), sudah sepatutnya engkau sembahyang padanya (al-Taubah: 108).

Manakala Hadith Rasulullah s.a.w. Daripada Uthman bin Affan r.a. berkata: Aku mendengar Nabi s.a.w. bersabda:
Sesiapa yang mebina masjid ikhlas kerana Allah, Allah akan membina untuknya rumah seperti itu di dalam syurga.``

Ustaz Mohd Farid Ravi membuat kiraan, jika seorang keluarga di Bandar Seri Putra menderma sebanyak RM1,000, maka Masjid Seri Putra dapat dibangunkan. Sebab itu sebagai penghuni tetap yang mempunyai rumah di Seri Putera, maka pada malam itu juga beliau mengeluarkan cek sejumlah RM1.000 sebagai saham akhirat darinya dan mengharap agar yang lain dapat mengikuti jejaknya.

Dr. Hjh.Asiah maukan semua mengimarahkan masjid dan masjid seharusnya sebagai one stop centre bagi orang-orang Islam. Demikian harapan Dr. Azhar yang maukan fungsi masjid bersifat menyeluruh sebagai pusat ibadat, pendidikan, kemansyarakatan dan pentadbiran.


Kita berharap semua pihak, khususnya penduduk Bandar Seri Putera memberi sokongan bagi menjadikan masjid Bandar Seri Putera menjadi kenyataan.

Sekian.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More